Calon PN yakin menang di Pelangai

Calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat, yang juga dikenali sebagai Cikgu Kasim berkata sambutan pengundi Pelangai terhadapnya sangat menggalakkan.

Katanya, pengundi yang ditemuinya memberi jaminan untuk memberi sokongan kepadanya pada pilihan raya kecil yang akan berlangsung 7 Okt nanti.

“Kalau saya bagi tahu akan terkejut, sangat positif. ‘Cikgu, don’t worry’ kata dia (pengundi) kan,” katanya kepada media ketika berkempen di Pelangai, dekat Bentong, Pahang hari ini.



Sementara itu Kasim berkata dia tidak terkesan dengan keputusan Mahkamah Pilihan Raya membatalkan kemenangan Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid dari PAS.

Katanya, dia mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi kempen PRK Pelangai.

“Tak ada, mana ada kesan…kita jalan seperti yang telah digariskan terutama peraturan-peraturan yang terbaru dalam PRN enam negeri itu.

“Saya bersama wakil calon…calon lagi satu pun hadir taklimat insya Allah harap-harap tak berlakulah petisyen seperti di Kuala Terengganu dan yang terbaru Kemaman,” katanya.



PRK DUN Pelangai diadakan berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Johari Harun dalam nahas pesawat ringan Elmina, Shah Alam, pada 17 Ogos lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 7 Okt sebagai hari pengundian bagi memilih wakil rakyat baru kawasan itu.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon BN, PN dan Bebas.

Pada pilihan raya umum lalu Johari memenangi kerusi berkenaan dengan majoriti 4,048 undi, menewaskan Kasim yang mendapat 3,260 undi; Ahmed Wafiuddin Shamsuri daripada Pakatan Harapan (PH) (2,031 undi) dan Isa Ahmad daripada Pejuang (65 undi).



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Elly undur diri dari GV10



Nabil jelas isu Mamat di tempat ‘tinggi’

Gelaran ‘Datuk’ suami Intan didakwa palsu



Tolonglah berikan saya ‘job’ – Mak Wan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker