Polis terima laporan 3 kes rogol, liwat libatkan pelajar sekolah di Kota Bharu

Polis terima laporan 3 kes rogol, liwat libatkan pelajar sekolah di Kota Bharu

KOTA BHARU: Polis menerima tiga laporan kes rogol membabitkan tiga pelajar sekolah menengah di Kota Bharu, Kelantan pada 2 dan 3 September lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner, ACP Mohd Rosdi Daud memaklumkan dua daripada kejadian rogol tersebut berlaku di kawasan sekolah yang sama melibatkan mangsa dan suspek yang berbeza.



“Berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati kejadian yang dilakukan secara sukarela bersama pasangan kekasih masing-masing.

“Tiga suspek yang terlibat telah ditangkap dengan dua daripada suspek merupakan pelajar sekolah menengah dan seorang kelindan lori berumur antara 17 tahun dan 19 tahun,” katanya menerusi satu kenyataan malam tadi.

Mohd Rosdi berkata hasil ujian saringan awal dadah ke atas kesemua suspek didapati negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau.

Kesemua suspek direman bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan. Awani



Polis terima laporan 3 kes rogol, liwat libatkan pelajar sekolah di Kota Bharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Khairy bertanding di Seremban? Pasti panas



Siasat Rizal Mansor segera – Kadir

Anwar beritahu polis jangan ganggu Rafizi



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker