India Lulus Penggunaan Suntikan DNA Vaksin Covid-19 Virus Pertama Di Dunia

India Lulus Penggunaan Suntikan DNA Vaksin Covid-19 Virus Pertama Di Dunia

BENGALURU: Pengawal Selia Perubatan India meluluskan penggunaan kecemasan vaksin COVID-19 Zydus Cadila.

Vaksin ini merupakan suntikan DNA pertama di dunia bagi mengekang virus berkenaan.



Ia boleh disuntik kepada orang dewasa dan kanak-kanak berusia 12 tahun ke atas.

Kelulusan itu melonjakkan semula program vaksinasi India yang menyasarkan kesemua orang dewasa disuntik menjelang Disember.

Ia juga akan diberikan kepada mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Vaksin ZyCoV-D menggunakan bahagian bahan genetik daripada virus COVID-19.

Tidak seperti kebanyakan vaksin COVID-19 yang memerlukan satu atau dua dos, vaksin ZyCoV-D diberikan dalam tiga dos.



Syarikat pengeluar Cadila Healthcare menyasarkan untuk menghasilkan 100 hingga 120 juta dos ZyCoV-D setiap tahun.

Vaksin Zydus Cadila, yang dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Bioteknologi, merupakan vaksin kedua mendapat kelulusan kecemasan di India selepas Covaxin Bharat Biotech.

Syarikat itu pada bulan Julai berkata, vaksin COVID-19 dibangunkannya berkesan terhadap mutasi baharu virus itu terutamanya varian Delta.

Suntikan itu juga dilakukan tanpa menggunakan jarum berbanding kaedah tradisional suntikan.



Vaksin ZyCoV-D merupakan vaksin keenam yang diluluskan untuk digunakan di India.-NDTV

India Lulus Penggunaan Suntikan DNA Vaksin Covid-19 Virus Pertama Di Dunia


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Netizen kecam pegawai Rela kasar di PPV



Kamu Semua Lakukan Penggubahan Wang Haram, Najib Yang Disalahkan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker