Panggilah saya apa pun, asalkan jangan panggil saya ‘Kit Siang’ – Bossku

 

Terdahulu Shahidan Kassim (BN-Arau) hari ini beritahu Najib Razak (BN-Pekan) secara tidak langsung bahawa mereka yang menolak Belanjawan 2021 adalah ‘pengkhianat’, di sebalik kritikan terhadap beberapa perkara dalam bajet itu.

Katanya, sesiapa sahaja yang menolak belanjawan itu, termasuk Najib jika beliau menolaknya, sudah khianat rakyat kerana rakyat tunggu ia diluluskan.



Ucapan ini mendapat respon Najib di FB beliau dengan mengatakan kembali bahawa beliau rela dipanggil sedemikian iaitu ‘Pengkhianat’ jika itu adalah harga yang terpaksa dibayar olehnya dalam memperjuangankan ‘Kehendak & Harapan’ rakyat.

Biarlah saya digelar Pengkhianat demi memperjuangkan ‘Kehendak dan Harapan’ rakyat – Najib Razak

Beliau turut mengatakan dalam posting yang lain bahawa bertahun – tahun dipanggil pembunuh, perompak, penyamun, penyangak, penzina atau penjual negara oleh Mahathir dan kuncu – kuncu PH namun beliau tetap bersabar dan masih mampu tersenyum.



Jadi, tak rugi apapun jika saya turut dipanggil “pengkhianat” jika “pengkhianatan” saya dan kawan-kawan ini berjaya memenuhi kehendak Rakyat pada masa mereka paling terdesak dalam krisis dunia paling teruk sejak 100 tahun dahulu?

Asalkan jangan panggil saya Kit Siang sudah.

Pengkhianat kalau tolak Belanjawan 2021, Shahidan beritahu Najib



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker