Pengkhianat kalau tolak Belanjawan 2021, Shahidan beritahu Najib

KUALA LUMPUR: Shahidan Kassim (BN-Arau) hari ini beritahu Najib Razak (BN-Pekan) bahawa mereka yang menolak Belanjawan 2021 adalah ‘pengkhianat’, di sebalik kritikan terhadap beberapa perkara dalam bajet itu.

Katanya, sesiapa sahaja yang menolak belanjawan itu, termasuk Najib jika beliau menolaknya, sudah khianat rakyat kerana rakyat tunggu ia diluluskan.

Katanya lagi, mereka yang kehilangan kerja menunggu belanjawan diluluskan supaya mereka dapat bantuan. FMT



Nota : Shahidan tidak perlu mengeluarkan kenyataan sebegini dalam parlimen. Sebagai ahli parlimen Barisan Nasional boleh saja berbincang di luar dewan.

Kemungkinan juga Shahidan berguarau atau memang mahu menjadi perhatian umum.

Harap lepas ni ada pula gambar Shahidan cium tangan Muhyiddin ketat-ketat.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker