Lebai berkopiah suka layan ‘ucapan lucah’, Dr. Maszlee bidas totok PAS

Maszlee Malik hari ini tampil mengkritik Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor yang didakwa melontarkan perkataan lucah ketika berceramah.

Kata bekas menteri pendidikan itu, sikap penyokong menteri besar Kedah terbabit tersebut jelas berbeza dengan pendirian mereka dengan aksinya dalam sebuah filem baru-baru ini.

“Itu hari ramai yang kritik lakonan saya dalam drama thriller politik Kudeta kerana satu perkataan.

“Apakah (sekarang) mereka sokong menteri besar ini mencarut di khalayak? Dan ini bukan lakonan ya?” katanya dalam satu ciapan di Twitter hari ini.

Maszlee turut memuat naik rakaman klip video yang memaparkan Sanusi menyebut kata-kata lucah iaitu alat kelamin lelaki dalam loghat Hokkien semasa berceramah.

Turut melaporkan Ahli Parlimen Bukit Bendera Syerleena Abdul Rashid membuat laporan polis terhadap ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkenaan.

Syerleena berkata laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada jam 9.17 pagi itu merujuk kepada kenyataan Sanusi dalam satu video tular semasa ceramah PN di Permatang Pauh, Pulau Pinang yang dianggap biadab.

Melalui aksi tersebut dapat dilihat pendengar – termasuk dalam kalangan pemimpin PN – ketawa mendengar kata-kata Sanusi

Sementara itu Maszlee dengan sinis turut mengkritik reaksi pemimpin PAS yang dilihat ketawa besar dengan ucapan lucah yang diucapkan Sanusi.

“Yang sedih lebai-lebai berkopiah gelak bersama suka dengan kelucahan tersebut,” ujarnya.

Maszlee sebelum ini dikecam kerana melafazkan perkataan yang dianggap melampau walaupun ketika itu dia hanya membawakan watak dalam sebuah drama bersiri.

Dia kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka dan mengakui kesilapannya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Putri Ariani Di America’s Got Talent Bikin Meremang (Video)

Saya akan dedahkan apa dihisap Khairy minggu depan – Bung

Artis hamilkan anak orang

Durian duri hitam dijual RM98 1 kilogram di Vietnam

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker