Jangan biadap terhadap Lembaga Pengampunan

Jangan biadap terhadap Lembaga Pengampunan

KEPUTUSAN Lembaga Pengampunan memberi pengurangan tempoh hukuman penjara serta denda ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ternyata tidak terlepas daripada pertikaian dan membangkitkan polemik rakyat, termasuk orang politik.

Pelbagai komen dilontarkan, termasuk oleh pemimpin, ahli dan penyokong parti politik kerajaan dan pembangkang. Ada yang menyokong, ada yang membantah dengan pelbagai alasan, termasuk keadilan dalam mengurangkan hukuman dan memberi pengampunan kepada rakyat.



Namun, semua pihak perlu berhati-hati jangan sampai mengeluarkan kenyataan biadab memperlekehkan keputusan Lembaga Pengampunan terhadap Najib, sehingga menghina sistem perundangan negara.

Pandangan dan perbincangan sama ada di portal berita atau media sosial jangan sampai menyentuh keluhuran Perlembagaan dan mempersoal kewibawaan institusi istana serta Yang di-Pertuan Agong yang membuat keputusan terhadap permohonan pengampunan oleh Najib.

Dalam aspek ini, menjadi tanggungjawab dan kewajipan bagi rakyat secara perundangan untuk menghormati, menerima serta mematuhi ketetapan diputuskan Lembaga Pengampunan sebagai institusi dengan punca kuasa Perkara 42 (1) Perlembagaan.

Walaupun kita bebas menyuarakan pandangan sama ada bersetuju atau sebaliknya, semua pihak disaran menghormati dan tidak terlanjur dalam membuat komen berhubung keputusan Lembaga Pengampunan.



Dalam hal ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) perlu memainkan peranan secara berkesan dan adil mengambil tindakan tanpa mengira pihak yang memberi pandangan, terutama di media sosial terhadap keputusan Lembaga Pengampunan itu. Sebarang komen negatif yang disifatkan menghina dan membabitkan 3R (Islam, Raja dan kaum) perlu dikenakan tindakan.

PDRM dan MCMC perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku atau penulis komen menghina keputusan Lembaga Pengampunan walaupun dalam kalangan orang kenamaan atau pemimpin politik.

Tindakan tidak boleh pilih kasih, tetapi ikut lunas undang-undang agar rakyat melihat kerajaan serius menegakkan undang-undang dan pada masa sama mendidik masyarakat lebih waspada menulis komen di media sosial.

Perkara ini tidak boleh dibiar berlarutan atau menggunakan pendekatan berlembut untuk ditangani kerana bimbang mendorong lebih ramai menghina dan memperlekeh institusi Raja, khasnya dalam aspek pemberian pengampunan.



Pengalaman sebelum ini pernah membuktikan ada individu dan orang kenamaan dilepaskan pihak berkuasa selepas membuat permohonan maaf secara terbuka atas kesalahan dianggap berat iaitu menghina institusi Raja dan istana serta agama.

Dalam pada itu, setiap parti termasuk parti kerajaan perlu menyedarkan pemimpin masing-masing supaya lebih beretika dan beradab mengeluarkan pendapat dan tidak sewenangnya menulis komen menghina institusi istana dan Raja di mana-mana platform, terutama di media sosial kerana ia akan menjadi contoh tidak baik kepada rakyat.

Prinsip kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan tidak menjadi lesen penuh kepada individu menzahirkan pandangan peribadi yang menghina Raja dan institusi istana. Segalanya ada batasan undang-undang dan nilai hidup perlu dipatuhi walaupun pahit untuk diikuti. BH

Jangan biadap terhadap Lembaga Pengampunan



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tanggal semua kemudian berambuslah – KPN



Akim diganggu perempuan miang nak menyondol

Norreen Iman silap tayang badan, tunjuk perut



Kemasukan wanita disyaki pelacur ‘unik’, lepas tanpa cop

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker