Anak Paul Yong tanding DUN Tronoh

Anak Paul Yong tanding DUN Tronoh

Anak kepada bekas ADUN Tronoh Paul Yong akan bertanding di kerusi DUN bapanya pada pilihan raya umum 19 Nov ini (PRU15).

Menurut Sin Chew Daily, Bryan Yong, 25, akan bertanding di kerusi itu atas tiket Parti Bangsa Malaysia (PBM).



Paul, ahli PBM, sedang bercuti daripada parti itu berikutan sabitan rogolnya awal tahun ini.

Akhbar harian Cina itu melaporkan, Bryan ialah seorang ahli perniagaan yang turut mempunyai ijazah undang-undang daripada universiti di United Kingdom.

Beliau telah menerima watikah pelantikan sebagai calon daripada Presiden PBM Larry Sng.

Bryan berkata, beliau mahu meneruskan kerja bapanya di kawasan itu, sambil memuji Paul sebagai ADUN yang berusaha keras untuk menangani isu penduduk Tronoh.



Katanya, bapanya akan menjadi mentor kepadanya dalam menceburi bidang politik. Beliau yakin bahawa bimbingan bapanya akan membantunya memenangi hati pengundi Tronoh.

Paul, yang juga bekas Exco Perak, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan dua sebatan pada Julai kerana merogol bekas pembantu rumahnya pada 2019.

Mahkamah Tinggi Ipoh telah membenarkan permohonannya supaya hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

Beliau meninggalkan DAP pada Mac 2020, tidak lama selepas kerajaan persekutuan Pakatan Harapan (PH) tumbang. FMT



Anak Paul Yong tanding DUN Tronoh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15: Ini senarai penuh calon-calon Barisan Nasional



Kalau jumpa laki lain saya minta cerai – Sharifah Sakinah (Video)

Tak dicalonkan adalah perkara biasa, terus setia kepada parti – Hishamuddin



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker