Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Teruja lihat pemain Everton buka puasa tepi padang

Aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di antara Newcastle dan Everton di St James’ Park dihentikan 20 minit bagi membolehkan pemain Muslim berbuka puasa sempena Ramadan semalam.

Beberapa pemain Everton termasuk Amadou Onana, Idrissa Gueye dan Abdoulaye Doucoure berada di tepi padang sambil meneguk air dan makan sebentar.



Tindakan mereka pantas menarik perhatian penonton yang memuji kelab dan Liga Perdana Inggeris di media sosial di atas keprihatinan serta bertoleransi dalam hal keagamaan.

Wartawan Leon Mann dan anaknya sangat tertarik dan menulis: “Melihat pemain Muslim berbuka puasa ketika Newcastle menentang Everton bersama anak perempuan saya. Mereka tertarik dan teruja. Anak sulung saya: Ia sangat bagus! Tahniah kepada Liga Perdana!

Seorang lagi turut bersetuju dengan berkata: “Kagum saya dengan @NUFC dan @Everton yang benarkan pemain Muslim luang sedikit masa untuk berbuka puasa.” Manakala yang lain menganggap ia sangat dialu-alukan dan sangat menarik untuk disaksikan.

Pada perlawanan itu, kedua-dua pasukan terpaksa akur berkongsi mata selepas terikat 1-1 dengan Alexander Isak meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-15 sebelum Dominic Calvert-Lewin menyamakan kedudukan buat Everton menerusi sepakan penalti dua minit sebelum tamat perlawanan.



Bagaimanapun, ia bukan kali pertama aksi EPL berehat sebentar untuk pemain berbuka puasa tahun ini apabila aksi Aston Villa dan Wolves pada Ahad lalu dihentikan seketika bagi membolehkan Moussa Diaby dan Rayan Ait-Nouri berbuka puasa. BH

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Tersebar foto mesra serta perbualan romantis Bella Astillah & Muaz Zabir



Afdlin Shauki akhirnya ‘tayang’ isteri

Kakak Safee Sali dedah adik pusing fakta dan bohong



https://mykmu.net/2024/04/03/wanita-tikam-mati-lelaki-ketika-lakukan-

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker