Ku Li beri sentuhan segar pada pengundi muda melalui TikTok

Pemimpin veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini nampaknya tidak ketinggalan menggunakan aplikasi TikTok yang hangat di kalangan anak muda.

Penyandang parlimen Gua Musang yang kini berumur 85 tahun itu berkata dia memahami keperluan untuk mendekati pengundi muda pada pilihan raya umum (PRU) ke-15 ini.

“Yang muda-mudi daripada umur 18 ke atas tidak terkecuali…Saya buka TikTok pada Oktober lalu.



“Bukan hanya (untuk pengundi) muda, semua sekali saya rasa banyak orang yang guna TikTok.

“Saya dapat ikut komen,” katanya kepada media di Gua Musang, Kelantan hari ini.

Selain TikTok, Ku Li turut aktif di Facebooknya, ‘Tengku Razaleigh Hamzah’ dan nama yang sama turut digunakan di TikTok.

Tengku Razaleigh merupakan wakil rakyat paling lama berkhidmat di negara ini, iaitu selama 12 penggal di peringkat parlimen dan negeri.



Ku Li, mempertahankan kerusi itu yang kali pertama dimenanginya tanpa bertanding pada 1974.

Kerusi parlimen Gua Musang sebelum ini dikenali sebagai Ulu Kelantan.

Dalam PRU lalu, Ku Li mengekalkan penguasaan di kerusi parlimen terbabit selepas menang dengan majoriti 3,913 undi dalam saingan tiga penjuru bersama calon PAS dan PKR.

Sehingga kini akaun Tiktok ‘Tengku Razaleigh Hamzah’ mempunyai 2,751 pengikut dan jumlah ini meningkat setiap hari.



Bahkan akaun TikTok pemimpin veteran Umno itu mencatatkan paparan tertinggi sebanyak 64,400.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Hamzah ‘ketat’ disambut dengan sorakan ‘Katak & Pengkhianat’

Budak Kena Terajang Dek Lelaki Sebab Bengang Lama Sangat Bersandar Di Keretanya [VIDEO]



Pemandu letak pesanan ‘manja’ buat ramai terhibur

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker