Abang Ali selamat dikebumikan – Yusuf Azmi

Jenazah Abang Ali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

KUALA LUMPUR – Jenazah Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan 1Malaysia, Ali Salimin, 55, atau lebih dikenali sebagai Abang Ali selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Segambut, kira-kira pukul 8 pagi tadi.

Pengerusi Persatuan Pengguna Semboyan 1 Malaysia, Yusuf Azmi melalui perkongsian di laman Facebooknya berkata, sebelum itu jenazah disembahyangkan di Masjid Al Azim, Pandan Indah, selepas subuh.

“Syukur Alhamdulillah urusan pengebumian jenazah almarhum sahabat perjuangan saya, Abang Ali telah selamat dan selesai semuanya kira-kira pukul 8 pagi.

“Masya-Allah dengan kehendaknya dan izinnya, begitu ramai orang mendoakan sahabat Abang Ali, pemergian yang dicemburui,

“Ramai yang menyolatkan jenazah dan ramai juga yang mengiringi jenazah ke perkuburan. Allahuakbar! Cemburu saya, bila orang yang baik-baik datang ziarah dan beri penghormatan,” ujarnya sebentar tadi.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan dan yang mengutuskan ucapan buat arwah.

Terdahulu, Abang Ali meninggal dunia selepas terbabit kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Pagoh, Johor di sini semalam.

Difahamkan, kemalangan berlaku kira-kira pukul 12.15 tengah hari ketika Ali menunggang motosikal berkuasa tinggi Harley Davidson. – K! ONLINE


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker