Muhyiddin Sendiri Pernah Merasai Nikmat Perjuangan Dan Kemewahan Dalam UMNO – Syed Ali

Muhyiddin Sendiri Pernah Merasai Nikmat Perjuangan Dan Kemewahan Dalam UMNO – Syed Ali

Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil kesempatan menggunakan persepsi kononnya UMNO parti kotor untuk meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menegaskan, Muhyiddin juga tidak sepatutnya sengaja mengelirukan rakyat kononnya menolak UMNO sebagai ibadah dalam perjuangan.

“Pada hemat saya, UMNO seperti juga Bersatu, PKR dan Pas adalah parti politik yang bergelut dengan sokongan rakyat untuk berkuasa, dan ada ketikanya mereka juga dilihat terlalu kotor dan memualkan.

“Jika Muhyiddin tuduh UMNO parti kotor, apakah selama ini Bersatu, Pas dan PKR itu sebenar-benar parti politik yang ‘bersih’ dan suci’?” soalnya dalam catatan terbaharu di laman Facebooknya pada Sabtu.

Pada Jumaat, Muhyiddin mendakwa UMNO adalah parti ‘kotor’ dan wajar ditinggalkan kerana mempunyai kumpulan ‘kluster mahkamah’ yang dianggap telah melakukan kemungkaran serta kesalahan.

Justeru katanya, rakyat diminta tidak bersubahat dengan kumpulan sedemikian, sebaliknya bersama-sama melakukan ibadah dengan menyertai saf perjuangan baharu.

Dalam pada itu Syed Ali berkata, kotornya UMNO adalah berpunca daripada sesetengah pemimpin dan orang parti itu sendiri.

Tambahnya, pemimpin UMNO yang terbelenggu dengan pelbagai masalah termasuk kes mahkamah mewujudkan permainan persepsi kononnya UMNO sebuah parti politik yang kotor.

“UMNO, parti terbesar mewakili orang Melayu bukannya sebuah parti politik yang ‘kotor’ sepertimana dakwaan Muhyiddin.

“Dakwaan bekas Timbalan Presiden UMNO itu tidak tepat kerana Muhyiddin sendiri pernah merasai nikmat perjuangan dan kemewahan ketika bersama parti tersebut.

“Saya tidak bersetuju dengan kenyataan Muhyiddin kerana UMNO telah terbukti jasanya terlalu besar untuk membangunkan negara dan rakyat,” katanya.

Syed Ali juga menegaskan, mana-mana pemimpin dan orang UMNO yang bermasalah seeloknya berehat dan mengundur diri seketika supaya parti itu tidak dihukum dengan tanggapan yang buruk.-AA

Muhyiddin Sendiri Pernah Merasai Nikmat Perjuangan Dan Kemewahan Dalam UMNO – Syed Ali

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bukan isteri arwah yang kejar harta tetapi plaintif – Hakim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker