Biar polis siasat – Suhaili

Biar polis siasat – Suhaili

Ahli Parlimen Labuan Suhaili Abdul Rahman menyerahkan kepada polis untuk menyiasat mengenai dakwaan wujud elemen ugutan oleh kerajaan bagi mendapat sokongan empat wakil rakyat Perikatan Nasional (PN) termasuk dirinya.

Suhaili mengalu-alukan laporan polis dibuat Bersatu yang disifatkannya mampu menjawab segala tuduhan dilemparkan terhadapnya oleh pelbagai pihak sebaik memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim, penghujung bulan lalu.

Tegasnya, beliau berpegang kepada pendiriannya bahawa beliau tidak pernah diugut atau disogok untuk menyokong Anwar.

“Biarlah dia (Bersatu nak buat laporan polis), biar polis buat kerja, kita nak takut apa kita tidak ada buat apa-apa pun.

“Kamu (polis) semaklah di mana-mana pun (kalau ada kesalahan), kalau tidak ada, tidak adalah (sebarang kesalahan),” katanya.

Terdahulu, Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata pihaknya telah membuat laporan polis di IPD Dang Wangi semalam berhubung dakwaan empat Ahli Parlimennya disogok untuk memberikan sokongan kepada Anwar.

Jumaat lalu, Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata pihaknya sudah mengumpul bukti berhubung tawaran tertentu kepada Ahli Parlimen parti itu dan akan mengemukakan laporan kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beliau mendakwa, ada dalam kalangan mereka ditawar faedah berbentuk kewangan atau peruntukan, selain pembangunan di kawasan Parlimen masing-masing sebagai balasan menyokong kerajaan.

Selain Suhaili, turut mengisyitiharkan sokongan kepada Anwar, Ahli Parlimen Kuala Kangsar Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid, Zahari Kechik (Jeli), dan Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang). FMT

Biar polis siasat – Suhaili

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Siti Nordiana guna bomoh dalam GV?

Mahathir jawab berdepan kenapa tak suka Khairy

Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Bogel di surau , pasangan dipenjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker