Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali

Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali

Penyampai radio sensasi, Fizi Ali mengambil pendekatan mendiamkan diri selepas pelbagai kontroversi muncul selepas mendirikan rumah tangga secara mengejut dengan wanita bernama Siti Zulaikha.

Pendekatan mengunci mulut setelah berbincang dengan isteri agar tidak menganggu emosi keluarga.

“Saya takut kalau beri sebarang kenyataan akan keruhkan lagi keadaan. Jadi, sebab itu saya ambil langkah berdiam diri.

“Isu pernikahan saya terlalu kecoh disebabkan itu saya ambil tempoh tenangkan keluarga.

“Malah, sebelum berkahwin lagi saya sudah berbincang apa-apa isu harus fikirkan keluarga dahulu” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di Sri Pentas Bandar Utama semalam.

Dalam pada itu, pemilik nama lengkap Mohd. Hafizudin Alimudin itu menyifatkan perkenalan dengan isteri sejak satu tahun lalu sebagai hidup mati semula.

“Jujurnya dahulu saya sangat ‘down’ (fasa sedih) sampai balik rumah saya asyik menangis sebab rindukan Ameena.

“Masa dalam konti radio saya gelak seperti biasa tetapi dalam perjalanan pulang saya akan menangis.

“Sejak berkenalan, dia berjanji akan mengembalikan senyumannya dan alhamdulillah dia melunaskan janjinya,” jelasnya lagi.

Perkahwinan Fizi dan Siti Zulaikha atau lebih dikenali sebagai Tiz menimbulkan kekecohan kerana ramai tidak menyangka mereka akan bergelar pasangan suami isteri.

Selain pernikahan, isu anak tirinya iaitu Damia menutup mulut anaknya, Ameena Sofea turut menjadi bualan hangat.

Bagaimanapun, sejak kejadian penyampai radio Hot FM itu enggan menjawab apa-apa berkaitan kontroversi sebaliknya menunjukkan momen bahagia dengan isteri dan anak-anak mereka terutama ketika percutian singkat di taman tema air.

Ini merupakan perkahwinan kedua Fizi selepas bercerai dengan pelakon Shakilla Khoriri pada Disember 2021.

Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Nurul Ameena Sofea yang kini berusia empat tahun. K Online

Baru saja kahwin semula, ini didedahkan Fizi Ali

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker