Tragedi Jerangau-Jabor ragut 6 nyawa

Tragedi Jerangau-Jabor ragut 6 nyawa

CHUKAI: Dua lagi mangsa maut dalam kemalangan selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 153 Jalan Jerangau-Jabor di Cheneh dekat sini hari ini.

Dalam kejadian itu petang tadi, empat disahkan tebunuh. Ini menjadikan keseluruhan mangsa yang terkorban dalam tragedi 3 Syawal itu kepada enam orang.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan ketika mengesahkan perkara itu berkata dua lagi mangsa meninggal dunia di hospital manakala empat lagi mangsa maut di lokasi kejadian.

Terdahulu Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cheneh Mohd Hafiezul Mohamad berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan melibatkan dua buah kereta Proton Persona itu pada 4.47 petang tadi.

Katanya sejurus itu lima anggota dari BBP Cheneh dan enam anggota yang bersedia di kawasan Rehat & Rawat (R&R) Perasing bergegas ke lokasi.

“Kereta Proton Persona pertama yang dinaiki lapan individu termasuk pemandu dalam perjalanan dari Bukit Besi, Dungun menghala ke Bandar Baru Cheneh, Kemaman.



Manakala kereta Proton Persona kedua pula dinaiki lima individu termasuk pemandu dalam perjalanan dari Perasing dekat Jabor menuju ke Batu Rakit, Kuala Nerus,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Bagaimanapun identiti kesemua mangsa masih belum dikenal pasti. BH

Tragedi Jerangau-Jabor ragut 6 nyawa

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kenapa Ogy tampar Tya Ariffin?

Ibu maafkan kau Sol, tapi….



Amelia sertai Miss Universe Malaysia



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker