‘Sandwich bakon kedekut tahi hidung masin’ berharga RM27

‘Sandwich bakon kedekut tahi hidung masin’ berharga RM27. Seorang wanita yang pergi melancong mendedahkan hidangan digelar ‘sandwic bakon paling sedih di dunia’ yang disajikan ketika dia menaiki penerbangan Ryanair dan berharga £4.70  (RM27), lapor akhbar The Sun kelmarin.

Liz Nugent yang merupakan seorang penulis novel kelahiran Dublin memuat naik foto sandwic tersebut yang dipesan rakannya dalam sebuah pesawat Jumaat lalu.

“Rakan saya, Aimee membayar £4.70 untuk sandwich bakon ini. Saya sedang menilai adakah ia layak digelar sandwic,” demikian ciapan ditulis Nugent pada foto sandwic tersebut yang dimuat naik.

Dia juga turut bergurau dengan mengatakan menikmati sandwic dengan hanya dua keping bacon bersaiz kecil itu merupakan satu ‘pengalaman kulinari’.

Foto tersebut mendapat perhatian netizen yang kemudiannya meninggalkan pelbagai komen.

“Sandwic bakon yang paling menyedihkan di dunia,” demikian tulis seorang netizen.

“Sandwic ini kelihatan seperti sedang disediakan oleh seseorang yang berasa jengkel,” tulis seorang lagi netizen.

Aimee tetap makan sandwic tersebut dan turut memuji perkhidmatan yang diterima daripada kru penerbangan pesawat itu.

“Penerbangan tersebut indah dan kru penerbangan semuanya memberikan perkhidmatan bermutu. Saya cuma fikir sandwic tersebut agak mahal, namun tetap memakannya.

“Saya juga tidak fikir orang akan menempah tiket penerbangan kerana kualiti sandwic yang disaji,” katanya. -Agensi

‘Sandwich bakon kedekut tahi hidung masin’ berharga RM27


Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


MKT berpesan jangan berebut jawatan

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker