“Satukan hati, tetapkan tekad, kita akan menang,” Tebus maruah dalam PRN Sabah – Bung Moktar

KOTA KINABALU: Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah perlu dijadikan sebagai penebus maruah pada kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Pengerusi UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin mengajak rakyat negeri ini perlu melakukan perubahan semula.

“Kita sudah berjuang sejak sekian lama dan kita tiada apa tujuan selain hanya untuk rakyat. Rakyat perlu difahamkan matlamat kita.



“Ini adalah peluang kedua Tuhan beri kepada kita yang perlu direbut. Mungkin tidak ada peluang lagi pada masa akan datang.

“Satukan hati, tetapkan tekad, kita akan menang,” katanya pada majlis pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) untuk PRN 2020 di sini, hari ini.

Pelancaran Jentera BN itu disempurnakan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Bung Moktar berkata, BN sudah melalui pelbagai tekanan dan ini adat resam dalam perjuangan.



“Disebabkan itu semua ahli perlu mempersiapkan diri dengan kekuatan ada. Kita hanya ada sedikit waktu untuk menentukan masa depan lebih baik.

“Kita akan menawarkan tawaran baharu kepada rakyat dan kita akan penuhi. Bukan seperti Pakatan Harapan (PH) dan Parti Warisan Sabah (WARISAN) janjikan macam-macam manifesto, tetapi tidak tepati janji.

“Politik Sabah akan berubah apabila kita memerintah kembali. Kita akan bentuk satu kerajaan baharu yang boleh merealisasikan inspirasi negeri Sabah,” katanya.

Beliau berharap semua jentera BN akan memberi jaminan untuk bersama menempuh rintangan sehingga pilihan raya bagi memastikan calon mendapat sokongan.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker