Jerangkung Dalam Almari kutip RM1 juta dalam tempoh empat hari

Jerangkung Dalam Almari kutip RM1 juta dalam tempoh empat hari

Filem Jerangkung Dalam Almari berjaya meraih kutipan RM1 juta dalam tempoh empat hari tayangan sekali gus membuatkan penerbitnya, Raja Azmi bersyukur atas pencapaian itu.

“Alhamdulillah, syukur dan syukur yang tidak terhingga,” tulisnya ringkas di Instagram.



Raja Azmi dalam satu temubual sebelum ini mensasarkan filem terbabit mampu mencapai kutipan RM7 juta. “Kalau ditanya mengenai sasaran kutipan filem ini, paling tinggi saya berharap akan dapat kutipan RM7 juta.

“Selepas ditolak separuh kutipan untuk pawagam, bayaran cukai dan kos pembikinan, selebihnya saya akan berikan bonus kepada mereka yang terbabit dalam filem ini,” katanya.

Sementara itu, pelakon utamanya, Datuk Adi Putra dalam perkongsian di Instagram turut berkongsi berita gembira itu dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang sudah menonton.

“Terima kasih semua dan terus menyokong,” katanya.



Selain Adi, Jerangkung Dalam Almari menampilkan barisan pelakon popular tanah air seperti Sophia Albarakbah, Hasnul Rahmat, Wan Hanafi Su, Anne Abdullah, Zaidi Omar dan Amerul Affendi.

Filem terbitan Akid Productions Sdn Bhd itu mengisahkan Fikri lakonan Adi yang tidak tenteram akibat gangguan lembaga dari dalam almari.

Gangguan itu turut mengancam nyawa isterinya, Shikin (Sophia Albarakbah) dan anak mereka, Adam (Isaac Iman).

Antara jalan cerita yang dipaparkan ialah kisah tiga beradik yang membiarkan syaitan bermaharajalela dalam diri mereka sehingga berdendam dan prasangka terhadap diri masing-masing. HM



Jerangkung Dalam Almari kutip RM1 juta dalam tempoh empat hari


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Isu LCS: Najib balun Raja Formula PKR dengan fakta padu



Raja Formula datang lagi, kini jadikan LCS kempen politik

Mahu elak hubungan seks, wanita ditahan buat laporan palsu dirogol



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker