Politik kepartian bakal berlaku masjid di Terengganu – Khairuddin

Politik kepartian bakal berlaku masjid di Terengganu – Khairuddin

Keputusan kerajaaan negeri Terengganu melibatkan jawatankuasa pembangunan dan keselamatan kampung (JPKK) dalam pemilihan jawatankuasa masjid dikhuatiri akan menyebabkan berlaku perpecahan.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama UMNO, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali mendakwa, langkah itu dilaksanakan supaya parti pemerintah dapat menguasai semua masjid di negeri berkenaan.



Menurut beliau, seperti yang diketahui umum, ahli JPKK lazimnya merupakan ahli jawatankuasa Pas cawangan.

“Politik kepartian akan mewarnai masjid. Perpaduan yang diharapkan akan bertukar menjadi perpecahan. Akan berlaku nanti ahli jawatankuasa masjid yang tak hadir ke masjid,” katanya dalam hantaran Facebook, hari ini.

Terdahulu, Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah Terengganu, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi dalam satu kenyataan mengumumkan JPKK akan dilibatkan secara langsung dalam proses pelantikan jawatankuasa masjid di seluruh kariah.

Beliau berkata, dengan mengambil kira bidang kuasa Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) berhubung perkara tersebut, maklumat berkaitan dengan pelantikan ahli jawatankuasa masjid dapat disampaikan dengan kerjasama JPKK.



Mohd Khairuddin yang juga bekas Ahli Parlimen Kuala Nerus meminta MAIDAM melihat perkara tersebut dengan lebih halus.

“Pemilihan ahli jawatankuasa masjid hendaklah dalam kalangan ahli kariah yang sentiasa memakmurkan masjid tersebut meskipun apa warna baju politiknya,” jelasnya. MG

Politik kepartian bakal berlaku masjid di Terengganu – Khairuddin

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Dr. Malar naik angin ejen pelancongan cakap tak serupa bikin

Teruk sangat jalan raya kami, Tuanku (Video)



Zul Ariffin kecewakan peminat kerana melawat Al Ula

Najib to Mahathir: “Give it a rest Atok!”



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker