15 kematian baru Covid-19

Kementerian Kesihatan melaporkan 15 kematian baru Covid-19 semalam (12 Feb), menjadikan jumlah kumulatif kematian kepada 32,114.

Daripada kematian yang baru dilaporkan, 33.3 peratus atau lima meninggal dunia sebelum menerima rawatan di hospital.

Malaysia mempunyai jumlah kematian per kapita tertinggi di rantau Asean dan Asia Timur dengan 972 kematian bagi setiap 1 juta penduduk, dan keempat terburuk di Asia.



Kes kematian dilaporkan di Johor (4), Perak (4), Kelantan (2), Terengganu (2), Kedah (1), Melaka (1) dan Sabah (1).

Tiada kematian baru dilaporkan di Negeri Sembilan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Purata 12 kematian Covid-19 dilaporkan setiap hari dalam 30 hari terakhir berbanding purata tujuh hari sebanyak 13, menunjukkan aliran menaik.

Sehingga kini, 511 kematian Covid-19 telah dilaporkan pada bulan ini.



Setakat semalam, terdapat 140,336 kes aktif Covid-19. Ini adalah peningkatan sebanyak 112.8 peratus daripada 65,952 jangkitan aktif seminggu lalu.

Berbanding 30 hari lalu, jumlah kes aktif meningkat 248.4 peratus daripada 40,276 kes.

Daripada 22,802 kes baru semalam, 658 daripadanya boleh dikesan kepada kluster Covid-19 yang berterusan.

Daripada kes berkaitan kluster, 279 (42.4 peratus) adalah daripada institusi pendidikan manakala 175 (26.6 peratus) adalah daripada kumpulan berisiko tinggi seperti rumah orang tua.



Baki kes dikesan kepada kluster yang berkaitan dengan tempat kerja (147-22.3 peratus), pusat tahanan (53-8.1 peratus) dan penularan komuniti (4-0.6 peratus).

 


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Resepi Mee Sup Pedas Cina, Bikin Terliur

Juri program ‘najis’, tak hadap kau sekolah tak? – Diva AA



Netizen terkejut tengok harga makanan kayangan di Tanjung Malim (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker