Parti anti-Islam menang besar pilihan raya Belanda

Parti anti-Islam menang besar pilihan raya Belanda

THE HAGUE: Ahli politik daripada parti pelampau anti-Islam, Geert Wilders dikatakan menang pada pilihan raya Belanda.

Perkembangan itu diketahui menerusi keputusan separa pada Rabu, sekali gus bakal menggemparkan arena politik Eropah dan seluruh dunia.



Berdasarkan keputusan awal dan pungutan suara, parti diwakili Wilders, Parti Kebebasan (PVV) memenangi 35 kerusi Parlimen yang disifatkan sebagai kemenangan besar.

Ini sekali gus meninggalkan sebuah blok berhaluan kiri yang hanya meraih kemenangan di 25 kerusi Parlimen, manakala parti lain menang di 24 kawasan sahaja.

Jika kemenangan Wilders disahkan, ini bakal menandakan kejatuhan mendadak ekonomi kelima terbesar Kesatuan Eropah (EU) yang dijangka membimbangkan Brussels.

PVV pernah menjanjikan referendum, iaitu pungutan suara rakyat berhubung sesuatu dasar penting, berhubung keahlian Belanda di dalam EU.



Biarpun Wilders dikatakan menang pada pilihan raya, namun masih tidak jelas kaedah beliau akan mendapatkan sokongan bagi membentuk kerajaan yang stabil.

“Saya menyeru semua pihak. Kini, kita perlu membentuk perjanjian di antara satu sama lain. PVV tidak lagi boleh diabaikan,” katanya.

Pemimpin tiga parti tertinggi lain sebelum ini, menolak untuk menyertai gabungan diketuai PVV.

Namun, Pieter Omtzigt, daripada parti Kontrak Sosial Baharu yang disebut-sebut memenangi 20 kerusi, dilihat cuba memperkukuh kedudukannya dengan menyatakan kesediaan, walaupun rundingan membentuk gabungan sukar.



Pemimpin blok sayap kiri parti hijau atau parti buruh, Frans Timmermans, seolah-olah menolak gabungan dan berkata: “Sekarang masa untuk kita mempertahan demokrasi”. BH

Parti anti-Islam menang besar pilihan raya Belanda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Batalkan konsert Coldplay? Tiket tak beli bolehlah

‘Tangan tak dapat angkat gelas, kaki lemah, muka herot’ – Esma Daniel



Rusdi Ramli, Sharon berpisah?

Nak maki sampai bila – Ali Puteh



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker