Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain
Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain
Vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, 38, mendedahkan tempoh enam bulan selepas perceraian dengan usahawan dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina, 43, adalah satu tempoh yang sukar.
Selain itu, perebutan anak angkat bernama Musa turut disebut Noh.
Noh atau nama sebenarnya, Muhammad Noh Salleh, 38, berkongsi dalam satu temubual laman Instagram (IG) portal dari Indonesia.
Dalam temubual itu, Noh diminta mengulas lima lagu Indonesia yang menjadi kegemarannya.
Penyanyi kelahiran Sarawak itu kemudiannya menjawab salah satunya berjudul Manusia nyanyian David Bayu.
“Lagu Manusia benar-benar satu refleksi terhadap diri saya. Sejak enam bulan lalu saya melalui kehidupan yang sukar.
“Saya bercerai dengan isteri, kemudiannya berebut anak. Lagu Manusia seakan kena dengan diri saya sebagai seorang manusia yang melalui detik sukar dalam hidup,” katanya.
Sejak berpisah dengan Mizz Nina pada Ogos tahun lalu, Noh tidak pernah membuka mulut mengenai kisah perceraiannya.
Malah, penyanyi lagu Angin Kencang itu juga mengelakkan diri daripada bertemu dengan media.
Noh mendirikan rumah tangga dengan Mizz Nina pada 2 Julai 2011, namun bercerai pada Ogos tahun lalu.
Bagaimanapun Noh difahamkan sudah mengikat tali pertunangan dengan wanita dikenali sebagai Fatin Athira Mustapa, 30, yang juga graduan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam, Selangor.
Noh dan Fatin Athira dijangka akan disatukan pada September depan.
Mizz Nina pula kini sudah menemui kebahagiaan baharu apabila mendirikan rumah tangga bersama penyanyi rap dan penulis lirik dari Seattle, Amerika Syarikat (AS) berketurunan Maghribi, Essam Muhammad.
Pengumuman berita perkahwinan dibuat bulan lalu menerusi hantaran dalam IG. Bagaimanapun, Mizz Nina tidak mendedahkan tarikh pernikahan, sebaliknya berkongsi majlis pernikahan dibuat secara tertutup pada suku kedua, tahun ini. BH
Noh Salleh buka mulut selepas Mizz Nina kahwin lain
Baca Artikel Menarik:
- Anak saya mati dalam keadaan berjihad – ibu pelatih PGA
- Raline Shah si cantik kaya, ada zoo di rumah
- Syed Saddiq ‘bantai’ Adam Adli
- Ni dewan ke bangsal, kos sampai RM300k
- Fadhli Shaari ambil video tanpa kebenaran Youtuber, beri gambaran salah
- Selepas Langkah Sheraton, Mahathir-Muhyiddin kembali bertaut
- Izzue Islam ‘tolak’ 70 peratus pendapatan
- Sakit misteri Yantzen sukar dirawat
- Pekerja mall pulangkan RM18,000 dalam troli dipuji
- John Dihani berlagak, Shuib tetap saman
- Asyraf Khalid jawab dakwaan kurang ajar dengan pekerja hotel
- Lagu Malique terbaru ada sedutan lagu Mona Fandey?
- Shila Amzah ‘koyak’ pulak
- Jangan Sampai Raisuddin Cari!
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Jangan ingat kau ‘power’ sangat – Adlin Aman Ramli
Tan Sri kenapa terasa – Aliff Syukri