Projek Kem Tentera Darat Skudai dibekukan, KCSB hadapi masalah kewangan

Projek Kem Tentera Darat Skudai dibekukan, KCSB hadapi masalah kewangan

Kementerian Pertahanan (MINDEF) mengambil keputusan untuk membekukan sementara Projek pembinaan kem Tentera Darat di Taman Sri Skudai, Johor.

Ia adalah bagi menghormati keputusan Mahkamah Tinggi pada 21 Disember 2018 yang memutuskan supaya syarikat Kausar Consortium Sdn. Bhd. (KCSB) iaitu kontraktor yang bertanggungjawab membina kem itu membayar ganti rugi RM269.5 juta kepada kerajaan.



Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz berkata, ia berikutan kegagalan syarikat tersebut untuk menyiapkan projek berkenaan mengikut tempoh yang ditetapkan iaitu pada 10 Jun 2001 meskipun diberi pelanjutan tempoh sehingga 10 januari 2003.

katanya, Perjanjian Penswastaan Tiga Pihak Bagi Reka Bentuk dan Pembinaan Kem Tentera di Skudai itu telah ditandatangani antara MINDEF dengan KCSB untuk tempoh tiga tahun bermula 10 Julai 1997 hingga 10 Jun 2001 dengan nilai projek sebanyak RM256 juta.

“Bagaimanapun, projek ini terpaksa dihentikan pada Disember 2002 kerana KCSB menghadapi masalah kewangan dan hanya mampu menyiapkan 18.3 peratus daripada keseluruhan skop projek.

“Walaupun beberapa siri libat urus dibuat antara Mindef dan KCSB dari tahun 2003 hingga 2007, namun ia tidak memberikan hasil dan notis penamatan perjanjian telah dikuatkuasakan pada 11 April 2011,” katanya.



Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Datuk Teo Eng Tee (PN-Gerakan) yang ingin tahun perkembangan projek tersebut.

Menurut Ikmal Hisham, MINDEF telah memfailkan kes di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 7 April 2017 bagi membuat tuntutan ganti rugi kepada KCSB demi melindungi kepentingan kerajaan.

Jelasnya, pada masa ini, tuntutan ganti rugi tersebut sedang dalam tindakan penguatkuasaan oleh Unit Pelaksanaan dan Penguatkuasaan, Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sehubungan itu, katanya, pelaksanaan projek pembinaan kem itu terpaksa ditangguhkan sehingga satu tempoh berdasarkan kepada nasihat daripada AGC. K Online



Projek Kem Tentera Darat Skudai dibekukan, KCSB hadapi masalah kewangan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]



Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker