Najib mungkin tidak tahu jika bukan kerana surat misteri – Hisyam

Najib mungkin tidak tahu jika bukan kerana surat misteri – Hisyam

Mahkamah Persekutuan, di sini, diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak tahu tentang penglibatan hakim Datuk Mohd Nazlan Ghazali dalam penubuhan SRC International. Peguam baru yang mewakili Najib , Hisyam Teh Poh Teik berkata, antara keterangan tambahan yang dibenar dikemukakan sebagai bukti baharu termasuk konflik kepentingan dan berat sebelah membabitkan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak tidak disediakan kepada pihak pembelaan semasa perbicaraan.

Katanya, bagaimanapun, surat tanpa nama telah dihantar kepada Najib di kediamaan antara 9 Mei dan 7 Julai yang mana ia memberi pencerahan kepada pasukan pembelaan Najib tentang kaitan Mohd Nazlan dengan SRC.

Tambah beliau, Najib yang pernah menjadi Menteri Kewangan tidak mengetahui tentang dakwaan bahawa Nazlan tahu dan terlibat dengan penubuhan SRC melalui jawatannya sebagai peguam di Maybank Investment.



“Adalah sungguh wajar siasatan terhadap Mohd Nazlan yang kini (menjadi) Hakim Mahkamah Rayuan selesai dijalankan sebelum rayuan akhir didengar dan diputuskan Mahkamah Persekutuan ketika ini. Wajar untuk menangguhkan sehingga siasatan ke atas Mohd Nazlan selesai.

“Mahkamah Persekutuan juga boleh meminta rekod siasatan dan melihat sendiri keterangan pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM),” katanya.

Hari ini, pasukan pembelaan memohon panel hakim yang bersidang yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menerima tujuh set dokumen.

Antara dokumen itu ialah Viva voce (keterangan lisan) beberapa pihak termasuk Pengawai Penyiasat SPRM, Rosli Hussein berkaitan siasatan kes SRC; Ketua Bahagian Pengubahan Wang Haram (AMLA) SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin; Pegawai bahagian AMLA SPRM, Asrul Ridzuan Ahmad Rustami dan Penolong Pegawai Penyiasat SPRM, Noor Syazana Kamin.



Selain itu, minit-minit mesyuarat Maybank bertarikh 7 Mac 2012, Minit Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah Maybank tahun Kewangan 2012, Surat pelaburan Maybank Investment kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB), laporan berita Malaysia Today bertarikh 14 Mac 2022 dan Minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bertarikh 6 September 2010 diterima.

Mahkamah turut menerima salinan e-mel bertarikh 5 dan 10 Februari 2015, surat daripada Kaunsel Maybank kepada Ahli Lembaga Pengarah bertarikh 10 Februari 2015 beserta Memorandum Maybank bertarikh 10 Februari 2015, Minit mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB bertarikh 5 April 2010 dan salinan penyata akaun AmIslamic Bank selain afidavit sokongan yang telah dipinda bertarikh 15 Julai 2022.

Pada 28 Julai 2020, Najib yang merupakan bekas Perdana Menteri didapati bersalah menyeleweng dana SRC sebanyak RM42 juta dan dijatuhkan hukuman hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta oleh Mohd Nazlan.

Ketika ditanya pemberita terdapat kemungkinan perbicaraan semula dilakukan, Hisyam yang ditemui di luar mahkamah berkata, ia boleh berlaku.



Beliau yang ditanya mengenai penarikan diri jika tidak diberi penangguhan berkata, pihaknya akan melihat perkembangan kes itu sebelum keputusan.

Prosiding bersambung. MG

Najib mungkin tidak tahu jika bukan kerana surat misteri – Hisyam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker