Ismail umum sumbangan RM300,000 kepada Pertama

Ismail umum sumbangan RM300,000 kepada Pertama

Kerajaan bersetuju untuk memberi sumbangan berjumlah RM300,000 kepada Persatuan Wartawan Wanita Malaysia (Pertama).

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sumbangan itu sebagai tanda sokongan serta menyokong aktiviti serta kegiatan yang akan dilaksanakan Pertama pada masa hadapan.

“Hari ini saya meluluskan sumbangan berjumlah RM300,000 kepada Pertama bagi menyokong aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan.

“Ini merupakan komitmen kerajaan terhadap golongan wanita Keluarga Malaysia yang diharap mendapat sokongan padu media termasuk Pertama,” katanya ketika berucap dalam Majlis Minum Petang Pengamal Media Wanita Malaysia di Hotel Premiera, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Sementara itu, Presiden Pertama, Sariha Mohd. Ali mengakui kekurangan sumber bagi persatuan itu menjadi kekangan dalam melaksanakan program seperti forum dan majlis ilmu untuk meningkatkan kemahiran petugas media wanita.

“Saya berharap kerajaan dapat memandang sedikit usaha dan pengorbanan kami, petugas wanita dalam sektor media yang gigih memajukan negara menerusi penulisan dan laporan media,” ujarnya. K
Online

Ismail umum sumbangan RM300,000 kepada Pertama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker