Jangan guna saya – Baby Shima

Jangan guna saya – Baby Shima

Penyanyi dangdut penuh kontroversi, Baby Shima baru-baru ini ada memberi peringatan berbaur ‘amaran’ kepada beberapa individu yang dirasakan telah mempergunakan dirinya hanya semata-mata untuk menaikkan ‘rating’ dan populariti.

Peringatan itu telah dimuat naik Baby Shima menerusi beberapa hantaran di Instagram Story miliknya semalam.

Kata Baby Shima, dia mengakui dirinya bukanlah orang yang baik namun dia sesekali tidak akan mempergunakan orang lain demi kepentingan diri sendiri.

Kepada beberapa individu, jangan pergunakan Shima untuk naikkan rating story korang! Shima tahu Shima jahat, tapi jangan sampai buat story tu tahap memfitnah.

Ujarnya lagi, individu-individu tersebut dengan ‘bangganya’ memuat naik hantaran berbaur fitnah sehingga ada yang membuat cerita buruk di belakangnya.

Namun begitu, Baby Shima tidak pula menyebut secara spesifik tentang siapakah orang yang dimaksudkannya itu.

Jangan guna saya – Baby Shima


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kapal Layar Mewah Milik Siapa Bernilai RM200 Juta? [VIDEO]

Tembelang Pengkid ‘Mohd Syahid’ Pecah

Ahli Parlimen Bersatu sedar tiada peluang untuk menang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker