BWF sah larang sementara teknik ‘spin serve’

‘Spin serve’ ialah teknik di mana pemain memegang bulu tangkis dan menguisnya dengan jari hantu sebelum memukul dengan raket, yang menambah putaran dan menyukarkan lawan untuk membalas pukulan. – Youtube Tobias Wadenka

KUALA LUMPUR: Teknik ‘spin serve’ (servis putaran bulu tangkis) yang diperkenalkan oleh pemain beregu lelaki Denmark, Marcus Rindshoj, kini telah dilarang sementara di semua kejohanan diiktiraf Persekutuan Badminton Dunia (BWF) berkuat kuasa serta-merta sehingga 29 Mei ini.

BWF, dalam kenyataan hari ini, memaklumkan larangan itu termasuk pada Kejohanan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China bermula Ahad ini hingga 21 Mei serta Malaysia Masters di Arena Axiata, di sini, dari 23 hingga 28 Mei ini.

Kedua-kedua kejohanan tersebut menawarkan mata untuk kelayakan Olimpik Paris 2024.

‘Spin serve’ yang sukar dibalas oleh lawan pertama kali dilaporkan diamalkan oleh Rindshoj pada perlawanan pusingan kedua Terbuka Poland 2023, pada Mac lalu.



Berdasarkan video yang dikongsi di internet, ‘spin serve’ ialah teknik di mana pemain memegang bulu tangkis dan menguisnya dengan jari hantu sebelum memukul dengan raket, yang menambah putaran dan menyukarkan lawan untuk membalas pukulan.

BWF berkata, majlis badan induk dunia itu telah meluluskan keputusan bahawa pemain hanya boleh melepaskan bulu tangkis tanpa menambah putaran sebelum melakukan pukulan.

Presiden BWF, Poul-Erik Hoyer, berkata mereka telah menerima maklum balas daripada komuniti badminton, termasuk Suruhanjaya Atlet BWF, bahawa servis itu boleh memberi kesan negatif kepada permainan.

“Ia juga diperhatikan secara dalaman bahawa ‘spin serve’ ini mempunyai banyak ciri yang serupa dengan ‘servis Sidek’, yang tidak dibenarkan. Oleh itu, panel pakar mengesyorkan untuk tidak membenarkan teknik ini sehingga rundingan lanjut dengan semua negara anggota badan dunia itu pada mesyuarat agung tahunan pada 27 Mei ini.



“BWF juga mahu mengelak senario di mana Piala Sudirman akan datang dan kejohanan antarabangsa lain, boleh menjadi platform untuk menguji ‘spin serve’ baharu dan akhirnya mengganggu pertandingan.

“Oleh itu, Majlis BWF merasakan yang terbaik untuk mengenakan variasi eksperimen ini untuk tidak membenarkan ‘spin serve’ sehingga Majlis BWF bersidang semula pada 29 Mei untuk perbincangan lanjut,” katanya.

Badan dunia itu, yang sebelum ini dikenali sebagai Persekutuan Badminton Antarabangsa (IBF), pada 1982 telah mengharamkan ‘servis Sidek’,dengan cara sebelah tangan memegang kepala bulu tangkis ke arah atas,

manakala bahagian bulunya pulak menghala ke arah lawan sehingga pukulan servis menyukarkan pemain lawan membalas pukulan tersebut.



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Pernah nampak arwah berjasa – Rita Rudaini



Diana beri bayangan hubungan dengan Farid

Ustaz Don Suruh Dengar Lagu Coldplay ‘Fix You’ (Video)



Mawi muntah darah, mati sekejap

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker