Seteru Sehingga Penghujung, Hubungan Mahathir Anwar Mustahil Diperbaiki

PETALING JAYA: Berikutan setahun kemelut dan sengketa, seorang penganalisis politik berkata, hubungan antara bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim sukar diperbaiki.

James Chin dari Institut Asia Universiti Tasmania menolak kemungkinan kerjasama politik antara dua pemimpin itu kerana Mahathir secara jelas tidak mahu Anwar menjadi perdana menteri, iaitu matlamat yang kekal sebagai cita-cita PKR.

“Jelas, biar apa pun mereka ucapkan secara terbuka, Mahathir tidak akan membenarkan Anwar menjadi perdana menteri.



“Selagi Mahathir masih hidup, beliau akan sedaya upaya menghalang Anwar menjadi perdana menteri.

James Chin.

“Jadi, saya rasa Anwar sedar bahawa mustahil bagi mereka untuk bekerjasama semula,” katanya kepada FMT.

Beliau juga berkata, Anwar membina kedudukannya dalam PKR tanpa calon pengganti, dan akan kekal di kerusi itu untuk beberapa lama lagi.

Katanya, keadaan yang sama boleh dilihat dalam kalangan pembangkang secara umum, tanpa calon pemimpin yang sedia akan menggantikan pemimpin sedia ada, seperti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.



“Terlalu awal untuk meramalkan siapakah yang mampu mengetuai pembangkang untuk memenangi pilihan raya umum ke-15.

“Presiden Warisan Shafie Apdal merupakan calon yang menarik, tetapi kuasa politik di Malaysia Barat, terutamanya orang Melayu tidak bersedia menerima seorang perdana menteri dari Malaysia Timur.

“Saya fikir, umumnya beliau boleh diterima sebagai timbalan perdana menteri, tetapi beliau masih perlu berusaha menyakinkan masyarakat Melayu di Malaysia Barat bahawa beliau mampu mengetuai negara.”

Semalam, Lim dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu menggesa Pakatan Harapan (PH) supaya berhenti membuang masa dengan Ahli Parlimen “oportunis” daripada Perikatan Nasional (PN) yang



memperalatkan mereka.

Tiada undang-undang menghalang untuk isytihar darurat – Mantan Peguam Negara

Sebaliknya kata mereka, blok pembangkang perlu melakukan “reset”, yang boleh dilihat sebagai satu lagi halangan kepada cita-cita Anwar.



Mereka berkata, lebih banyak masa dan sumber perlu digunakan untuk sekutu yang bergelut untuk perjuangan bersama.

Selain itu kata mereka, PH perlu melihat melampaui 92 Ahli Parlimennya dan memberi fokus kepada 108 Ahli Parlimen pembangkang, merujuk kepada Warisan dan mereka yang bersama-sama Mahathir.

Shafie turut menggesa perubahan dalam pimpinan pembangkang dan memberi amaran bahawa kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan ia kalah dalam pilihan raya umum akan datang.

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata, kenyataan Shafie yang dibuat susulan kegagalan Anwar menumbangkan kerajaan PN di Dewan Rakyat menunjukkan Warisan dan presiden PKR itu tidak bersepakat.



“Tetapi dengan rasional ini, Shafie juga harus digantikan kerana pimpinan Warisan juga gagal menghalang kerajaan Sabah jatuh ke tangan PN,” katanya kepada FMT.

Awang Azman Pawi.

Awang Azman berkata, kegagalan menghalang Belanjawan 2021 daripada diluluskan umumnya disebabkan Ahli Parlimen takut dilihat mengetepikan kepentingan awam dan mengabaikan nasihat Yang di-Pertuan Agong supaya meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan itu.

Beliau berkata, langkah terbaik yang boleh diambil Anwar pada masa ini ialah memperkukuh akar umbi parti dan memastikan pemimpin sedia ada bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum.



“Bertemu ahli, berkhidmat dengan baik di setiap kawasan pilihan raya dan merangka formula terbaik untuk membangunkan negara bagi menghadapi PN selepas Parlimen dibubarkan.”

 

Kerajaan Thailand dikecam sekat laman web lucah terkenal

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker