Kerajaan Thailand dikecam sekat laman web lucah terkenal

Kerajaan Thailand dikecam sekat laman web lucah terkenal
Nuttaa menyokong tindakan kerajaan melarang akses laman web lucah itu dan mendakwa ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepada negara. -Gambar fail

BANGKOK: Kementerian Ekonomi Digital dan Masyarakat (DES) Thailand menerima kecaman selepas bertindak menghalang akses kepada sebuah laman web lucah terkenal antarabangsa.

Tindakan itu yang berkuat kuasa pada tengah hari Selasa, melibatkan lebih 190 alamat URL bagi semua syarikat pembekal Internet dan operator telefon di negara itu.

Menteri DES, Buddhipongse Punnakanta, menjadi tumpuan kecaman apabila kementeriannya memperoleh kelulusan mahkamah bagi mengambil langkah sedemikian selaras dengan undang-undang negara itu yang mengharamkan laman web lucah.

Buddhipongse tidak menerima pujian walaupun tindakan kementerian itu sesuai dengan norma dan tanggungjawab moral, sebaliknya beliau didakwa menghalang kebebasan rakyat untuk mengakses media.

“Kebebasan media termasuk semua jenis kandungan, termasuk unsur seksual, selagi penonton tidak dipaksa untuk menonton,” kata kumpulan itu di laman Facebook.

Bagi menyuarakan bantahan, sejumlah orang ramai berkumpul di Kompleks Kerajaan di Chaeng Wattana, Bangkok pada Selasa bagi menentang tindakan kementerian itu.

Untuk rekod, ‘The Anonymous Party‘ pernah terlibat dalam protes menentang kerajaan dan pernah mengeluarkan kenyataan untuk menuntut pelepasan aktivis yang ditahan dalam lokap.

Dalam pada itu, aktivis terkenal, Nuttaa Mahattana menyokong tindakan kerajaan melarang akses laman web lucah itu dan mendakwa ia tidak memberi apa-apa kebaikan kepada negara.

“Jangan mengaitkan isu ini (laman web lucah) dengan isu politik. Demokrasi bukan bermaksud anda boleh melakukan apa sahaja tanpa rasa tanggungjawab,” katanya dalam sebuah entri di Facebook peribadinya.

Sementara itu, Buddhipongse yang berada di Phuket bagi persidangan Kabinet berkata beliau hanya melakukan tugasnya dan tidak akan melayan pengkritik.-Awani

Laman web DIY pertama diperkenalkan di Malaysia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker