Resepi Terung Cili Kering Udang

Resepi terung cili kering udang…hmmmm, siapa yang tidak menggemari lauk macam ni? Dengan rasanya yang sedap dan sayurnya yang lembut. Dibuat dengan masakkan apa sahaja memang sedap. Cuma Kali ni kite buat versi pedas dan udang juga memainkan peranan dalam masakkan nih, manis-manis udang bersama cili kering, memang sedap. Satu pinggan sahaja tak cukup untuk makan sorang bagi penggemar masakkan ini. Terung cili kering udang ini memang sedap dan rugi kalau kita tak cuba masaknya.

Resepi Terung Cili Kering Udang

Bahan-Bahan:



Terung 1 batang (belah serong)
Udang saiz sederhana
Sos Tiram 1 sudu besar
Sos ikan 1 sudu besar
Serbuk perasa 1 sudu kecil
Cili kering 10 batang (Direndam) *
Ikan bilis 1 sudu besar *
Bawang putih 2 ulas *
Bawang besar 1 biji*
+ Kisar bahan yang bertanda (*) Sebelum kisar buang biji cili kering, rebus, kemudian basuh dan toskan.

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak, goreng terung sehingga sedikit keperangan dan ketepikan.

2. Gunakan minyak yang sama, masukkan bahan yang telah dikisar tadi dan masak sehingga pecah minyak.



3. Kemudian masukkan udang dan masakkan ia seketika. Masukkan sos tiram, sos ikan dan serbuk perasa, gaulkan.

4. Masukkan terung yang telah digoreng dan gaulkan sehingga sebati. Angkat dan siap untuk dihidang.

Resepi Oleh Nurul Ateekah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Nasi Ayam Claypot



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker