Resepi Nasi Ayam Claypot

Sebaran :

Resepi Nasi Ayam Claypot
Resepi Nasi Ayam Claypot

Lama tak makan nasi ayam claypot, hari nie rasa nk makan. Buat lah, resepi saya share sekali.

Bahan Untuk Nasi:

1 pot beras
Air secukupnya
1 ketul kiub ayam

Bahan Untuk Ayam Kicap:

3 ketul ayam (potong kecik-kecik)
3 ulas bawang putih *
2 inci halia *
3 biji cili kering potong 2
5 sudu besar kicap manis JALEN
2 sudu besar kicap pekat JALEN
2 sudu besar sos tiram JALEN
Sedikit serbuk lada sulah
1 sudu besar minyak bijan
Air secukupnya
2 biji cendawan shitake kering (rendam bagi lembut dan potong 2)
Garam dan perasa
1 pokok daun bawang (potong kecik)

Cara Memasak:

1. Tumbuk bahan Yang bertanda (*) sampai lumat. Campurkan kicap, sos tiram, garam, perasa dan lada sulah. Gaul sebati dan masukkan ayam, perap seketika dan ketepikan.

2. Tanak nasi letak seketul kiub ayam, tanak nasik sehingga separuh masak. Kemudian masukkan ayam yang diperap tadi, kemudian tutup claypot. Slowkan api dan tunggu sehingga nasi dan ayam masak sepenuhnya.

3. Bila dah masak, boleh lah taburkan daun bawang dan renjiskan minyak bijan. Bolah lah dihidangkan dengan sayur pilihan, saya celur sawi hidangkan bersama.

Resepi Oleh Nor Khomariah Norrohman

Resepi Nasi Ayam Claypot


Layari Laman Facebook MYKMU NET


Resepi Nasi Ayam Goreng Bumbu Kuning


Sebaran :

Leave a Reply