Lelaki mabuk duduk atas bumbung Toyota Vellfire ditahan

Lelaki mabuk duduk atas bumbung Toyota Vellfire ditahan

SEORANG lelaki dalam keadaan mabuk yang duduk di atas bumbung kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire ketika bersiar-siar di Langkawi yang video dan gambarnya tular dalam media sosial telah ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari memaklumkan, suspek warga tempatan itu telah ditahan kelmarin.



Menurut beliau, suspek berusia 25 tahun itu telah ditahan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LTAL) pada pukul 7 malam.

“Siasatan awal mendapati suspek menetap di Taman Datuk Harun, Petaling Jaya dan datang bercuti ke pulau ini bersama sekumpulan rakannya.

Suami isteri maut dilanggar pemandu Myvi dipercayai mabuk di Jasin

“Lelaki tersebut telah direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 21 Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Khamis lalu, Shariman memaklumkan pihaknya sedang mengesan seorang pelancong lelaki yang dipercayai mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di tempat awam di sekitar pulau peranginan itu, baru-baru ini.

Beliau berkata, ia susulan polis menerima maklumat insiden lelaki berkenaan duduk di atas bumbung Toyota Vellfire yang tular di media sosial. BH

Lelaki mabuk duduk atas bumbung Toyota Vellfire ditahan


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan Kekasih Selamba Buat Hubungan Seks Di Foyer Mahkamah Sampai 3 Kali Dijatuh Hukuman

Anak Azhar Sulaiman bikin panas lagi



Mahathir terima dana politik RM2.6 juta daripada UKSB – Saksi pendakwaan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker