Muhyiddin pernah cakap Pas sesat, saya tak pernah – Anwar

Muhyiddin pernah cakap Pas sesat, saya tak pernah – Anwar

HULU TERENGGANU – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan supaya menjaga adab dan akhlak meski pun wujud perbezaan pendapat terhadap dirinya.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu menegaskan beliau bersedia ditegur dengan baik jika ada mana-mana pihak yang tidak berpuas hati bukan dengan menabur fitnah.



”Kadang-kadang kita pakai serban pakai jubah, cakap kena benar tak boleh cakap fitnah. Saya pakai songkok, tak boleh tipu sebab sekarang orang boleh dedahkan.

”Saya ini mudah, saya ini murid dapat tegur, kalau boleh betul saya betulkan jangan fitnah.

“Kita boleh berbeza pendapat tapi jagalah adab. Sokong Pas, tak apalah jangan gaduh, saya tak benci dia, itu hak dia,” katanya.

Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Ceramah Jelajah Perpaduan Madani di Manir dekat sini malam tadi.



Anwar turut memperkenalkan calon-calon PH-BN bagi PRN Terengganu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sura, Osman Omar, DUN Manir, Ika Lisut dan DUN Telemong, Datuk Rozi Mamat.

Menurutnya, sepanjang menerajui kepimpinan politik, beliau tidak pernah pernah melabel atau mana-mana pihak sebagai sesat dalam Islam.

“Kenapa kita perlu sokong PH? Seburuk saya, saya tidak pernah cakap Pas sesat. Muhyiddin pernah tuduh Pas parti sesat. Kita kena tahu fitnah tak boleh.. bila jadi Perdana Menteri nak zalim nak sakau tak guna. Sebab tu saya tak ambil gaji sebab saya malu orang susah ramai, nak cari makan pun susah,” katanya.

Anwar turut menyeru sokongan rakyat terhadap kerajaan yang dipimpinnya dapat diterjermah dengan baik pada Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos nanti terutamanya kepada negeri pembangkang.



”Kenapa kena sokong PH? Kerana Terengganu dan Kelantan kena sama dengan Persekutuan bagi membawa perubahan kerana kebaikan. Kadang-kadang bila berubah ini ada baiknya.

”Saya tak mahu takbur, kita ada ikhtiar dan bertawakkalallah, innallah muhibul mutawakirin tapi percayalah keputusan PRN akan menyebelahi Kerajaan Perpaduan,” katanya. MG

Muhyiddin pernah cakap Pas sesat, saya tak pernah – Anwar

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Fauzi Nawawi jelaskan isu isterinya terpaksa gadai barang kemas dan kereta ditarik

Pakai bra dengan sweater terbuka, apa nak jadi budak sekarang



Anak bertudung tanpa disuruh buat Nabil gembira

Joy Revfa bimbang di sondol, ada yang bagi video separuh bogel



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker