PH hilang sokongan Melayu – Mat Sabu

PH hilang sokongan Melayu – Mat Sabu

Amanah mengakui Pakatan Harapan (PH) telah hilang sokongan Melayu antara sebab utama gabungan itu tewas dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Presidennya, Mohamad Sabu bagaimanapun berkata kekalahan teruk PH di Melaka dilihat sebagai hikmah bagi membolehkan mereka menilai iklim sebenar politik negara.



“Kita lihat hilangnya sokongan orang Melayu kepada PH. Baguslah PRN Melaka itu dibuat, dapat kita mengukur keadaan sebenar. Oleh itu PH akan bermesyuarat Isnin ini bagi membincangkan hal ini.

“Yang utama sekali, kita kena banyakkan rakan berbanding lawan dan hilangkan persepsi negatif yang ditanam terhadap PH.

“(Persepsi) bukan betul pun, malah sekarang kita nampak PAS Kelantan sendiri pun mula sebut rasa nikmat di bawah kerajaan PH yang beri RM400 juta duit petroleum kepada Kelantan,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia selepas merasmikan Konvensyen Amanah Kelantan Kali Keenam di Kota Bharu

Mohamad berkata, berdasarkan PRN Melaka, rakyat Malaysia dilihat masih mudah termakan dengan umpan perkauman dan perkara itu terus menjadi modal survival pihak yang mahu berkuasa atau mengambil alih kuasa.



BN memenangi 21 daripada 28 kerusi iaitu dua pertiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, menyaksikan tambahan lapan kerusi, berbanding 13 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU- 14).

Parti itu menewaskan PH yang hanya memenangi lima kerusi dan Perikatan Nasional (PN) dua kerusi. FMT

PH hilang sokongan Melayu – Mat Sabu


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Mas Khan Lamar Diana Nasimuddin Dalam Majlis Indah

Bukti disembunyikan, Najib buat laporan polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker