Rohana dah kembalikan wang AS$10 juta ke belum?

Rohana dah kembalikan wang AS$10 juta ke belum?

Jabatan peguam negara tidak mengetahui sekiranya bekas pegawai eksekutif Astro, Rohana Rozhan telah memulangkan wang AS$10 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.

Rohana ialah bekas teman wanita kepada bekas jurubank Goldman Sachs, Tim Leissner yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Perkara itu dinyatakan dalam jawapan bertulis di parlimen oleh Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH – Kepong)

Terdahulu, Lim bertanya kepada perdana menteri apakah Rohana telah memulangkan wang tunai berjumlah AS$10 juta itu.

Lim juga meminta perdana menteri menyatakan berapa banyak aset 1MDB yang telah dikembalikan kepada kerajaan dan berapa hutang 1MDB yang masih perlu dibayar kerajaan.

“Jabatan peguam negara tiada pengetahuan berkenaan perkara ini. Terima kasih,” kata Azalina bagi pihak perdana menteri.

Februari tahun lalu, Leissner memberitahu mahkamah AS bahawa dia mempunyai hubungan sulit dengan tiga wanita Malaysia, termasuk Rohana.

Pada satu ketika, Leissner membelanjakan AS$10 juta untuk membeli sebuah rumah di London untuk Rohana selepas wanita itu kecewa kerana dia memutuskan hubungan mereka selama 10 tahun untuk berkahwin dengan model AS Kimora Lee Simmons pada 2013.

Dalam keterangannya Leissner berkata dia membeli rumah itu kerana Rohana mengancam untuk mendedahkan penglibatannya dalam 1MDB.

Susulan itu media tempatan melaporkan Rohana bersetuju memulangkan aset AS$10 juta itu, tetapi tiada pengesahan rasmi daripada SPRM, yang pada masa itu telah pun menemu bualnya.

Pada Mac tahun lepas, Ketua Pesuruhjaya Sruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azam Baki berkata Rohana disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (Amla) dan harta Rohana di London serta aset lain dibekukan.

Pada 13 Mac lalu, parlimen diberitahu baki hutang 1MDB ialah sebanyak RM9.7 bilion manakala RM41.6 bilion aset 1MDB telah diperoleh semula. Mk

Rohana dah kembalikan wang AS$10 juta ke belum?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Cerita Bossku belum tamat – Khairy

Syamsul dakwa Puteri Sarah curang dengan bekas kekasih

Adi Putra Digugurkan dari Mat Kilau 2

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker