Google setuju bayar RM23.36 bilion selesai tuntutan saman privasi pengguna

Google setuju bayar RM23.36 bilion selesai tuntutan saman privasi pengguna

Google bersetuju menyelesaikan tuntutan mahkamah yang mendakwa syarikat itu menceroboh privasi pengguna dengan menjejaki mereka walaupun semasa menyemak imbas dalam mod peribadi.

Hakim Daerah Amerika Syarikat (AS) di Oakland California, Yvonne Gonzalez Rogers memutuskan penangguhan perbicaraan yang dijadualkan pada 5 Februari 2024.



Ini berikutan peguam untuk Google dan pengguna berkata, mereka sudah mencapai penyelesaian awal membabitkan pampasan sekurang-kurangnya AS$5 bilion (RM23.36 bilion), tetapi terma penyelesaian tidak didedahkan.

Peguam terbabit berkata, mereka bersetuju menerusi proses timbang tara dengan syarat terkandung dalam dokumen yang mengikat, disusuli dokumen rasmi difailkan bagi kelulusan mahkamah selewat-lewatnya 24 Februari tahun depan.

Plaintif sebelum ini mendakwa mendakwa analisis, ‘cookies’ dan aplikasi Google membenarkan Alphabet menjejaki aktiviti mereka, walaupun pengguna meletak penyemak imbas Chrome Google kepada mod ‘Incognito’ dan penyemak imbas lain kepada mod ‘peribadi’.

Pengguna berkata, ia menjadikan Google tidak bertanggungjawab kerana mengumpul maklumat peribadi mereka dengan mengetahui mengenai rakan, hobi, makanan kegemaran, tabiat beli-belah termasuk perkara yang berpotensi memalukan yang mereka cari dalam talian.



Rogers menolak permohonan Google untuk membatalkan tuntutan mahkamah berkenaan.

Beliau berkata, ia adalah soalan terbuka sama ada Google, secara sah mengikut undang-undang, berjanji untuk tidak mengumpul data pengguna apabila mereka melayari internet dalam mod peribadi.

Hakim memetik dasar kerahsiaan peribadi Google dan kenyataan lain oleh syarikat itu, yang mengesyorkan had pada maklumat yang mungkin dikumpulnya.

Tuntutan yang difailkan pada 2020 itu membabitkan jutaan pengguna Google sejak 1 Jun 2016.



Ia menuntut ganti rugi sekurang-kurangnya AS$5,000 (RM23,360) bagi setiap kesalahan melanggar undang-undang kerahsiaan peribadi di California dan undang-undang Persekutuan berhubung pengintipan elektronik. Utusan

Google setuju bayar RM23.36 bilion selesai tuntutan saman privasi pengguna

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Puteri Sarah sudah disunting?

Pelakon biadap, rasa diva sebab ramai followers – Kismah Johari



Muhammad nama paling popular di UK bagi tahun 2023

Aplikasi Al-Inarah menjawab segala kemusykilan agama anda



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker