Suri rumah didakwa guna lambang Datuk palsu pada dua kereta

Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menggunakan lambang bertulis Ahli Majlis Dato’-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim palsu pada dua buah keretanya pada tahun lalu.

Tertuduh, Suraya Ibrahim, 57, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Mohd. Zul Zakiqudin Zulkifli.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa menggunakan lambang bertulis ahli-ahli Dato-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim yang tidak wujud dan tidak diiktiraf di bawah Enakmen Lambang-Lambang Dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Disalahguna) 1977 (Kelantan Enakmen Bil 8/1977).



Lambang tersebut diletakkan pada dua buah kereta yang digunakan oleh Suraya iaitu kereta jenis Mercedes-Benz dan BMW di sebuah rumah di Kampung Bawah Lembah Bunut Payong di sini pada 25 Jun 2022.

Dua kereta milik Suraya yang menggunakan lambang bertulis Ahli Majlis Dato’-Dato’ Negeri Kelantan Darul Naim palsu dirampas polis pada tahun lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam bela, Muhammad Yusoff Abdullah.

Terdahulu, Abu Arsalnaa menawarkan jaminan sebanyak RM70,000 atas pertuduhan yang dihadapi Suraya.

Mahkamah kemudian menetapkan ikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan 3 Mei depan untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.



Tertuduh membayar jaminan yang ditetapkan mahkamah

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kantoi Curang, Da’i Pukul & Maki Kekasih (Video)

Lelaki Paling Dayus – Pachara Dedah Betapa Kejamnya Afiq Muiz



Musa kena betulkan dirinya dulu – Elly Afizahwati



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker