Pakai baju saiz XL ke sekolah kerana kesilapan ayah

Pakai baju saiz XL ke sekolah kerana kesilapan ayah

ALOR SETAR: “Ayah saya tersalah beli baju sekolah bersaiz XL.”

Itulah pengakuan ikhlas seorang murid, Putera Jebat Abdul Rashid, 7, dari Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Abu Bakar di sini selepas gambarnya yang mema­kai baju sekolah saiz besar tular semalam.



Terdahulu, tular video me­maparkan beberapa gambar se­orang guru perempuan membe­tulkan baju sekolah yang di­pakai muridnya melepasi paras lutut itu menerusi TikTok.

Menurut Putera Jebat, dia tidak mempunyai pilihan baju sekolah yang lain untuk dipakai selepas bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori tersalah membeli baju bersaiz XL.

Katanya, baju sekolah yang dipakai pada tahun lepas pula sudah tidak muat.

“Saya tetap mahu ke sekolah walaupun baju sekolah baharu yang dipakai bersaiz besar,” katanya ketika ditemui di rumah­nya di Kampung Teluk, di sini semalam.



Sementara itu, nenek Putera Jebat, Roziah Saad, 78, pula menceritakan, dia tidak sempat untuk mengecilkan baju sekolah mengikut saiz badan cucunya itu.

Katanya, ayah cucunya itu membeli dua pasang baju sekolah baharu untuk Putera Jebat dan abangnya, Mohd. Shauqi Sha­wal, 8, tetapi tersalah saiz.

“Pada awalnya ayah mereka sudah beli, balik tengok tidak muat jadi pergi semula ke kedai dan tukar tetapi beli pula yang bersaiz besar dan minta saya jahit dan betulkan ikut saiz mereka tetapi saya tidak sempat,” ujarnya.

Roziah memberitahu, sejak ibu mereka, Siti Aminah Abdullah, 40, meninggal dunia pada November lalu memberi kesan dalam kehidupan harian mereka yang selalunya diuruskan ibu sebelum ini.



Sementara itu, Guru Besar SK Haji Abu Bakar, Wan Zainah Wan Nawawi berkata, pihak sekolah akan membeli seragam sekolah yang baharu untuk Putera Jebat pada Jumaat ini.

“Pihak kami akan terus menjaga kebajikan Jebat dan juga pelajar-pelajar lain bagi memberi keselesaan mereka untuk terus belajar dan capai cita-cita,” katanya. Utusan

Pakai baju saiz XL ke sekolah kerana kesilapan ayah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU</a


Model Jelita Pandu Kereta Suami Pemain Bolasepak, Meninggal Dunia Akibat Langgar Lori [VIDEO]

Intan Najuwa buat pengakuan baru pertama kali lakukannya



Amy punca kemelut Search?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker