Broker cuba pujuk saya sokong PMX – MP Rompin

Broker cuba pujuk saya sokong PMX – MP Rompin

Seorang ahli parlimen Perikatan Nasional (PN) dari Pahang mengakui bahawa dia juga pernah dihampiri ‘broker’ yang dipercayai berniat untuk memujuknya menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan.

Ahli Parlimen Rompin Abdul Khalib Abdullah yang dipilih sebagai wakil rakyat kali pertama pada PRU15 lalu mendakwa dia menerima emel daripada seorang individu dipercayai ‘broker’ pada Okt lalu.

“Pada awalnya saya tak fikir individu itu mempunyai niat lain, dia cuma hantar emel dan cakap nak bincang pasal projek pembangunan di Rompin.

“Kemudian antara Dis hingga Januari lalu, dia hantar WhatsApp dan ajak saya jumpa.

“Dia tanya apa bantuan diperlukan oleh penduduk sekitar Rompin dan ketika itu saya mula rasa tak sedap hati.

“Namun, saya mengambil keputusan untuk tidak bertemu dengannya dan minta dia berurusan dengan seorang pembantu saya,” katanya ketika ditemui di Kampung Rekoh, dekat Muadzam Shah, hari ini.

Abdul Khalib sebelum itu menyerahkan bantuan kepada enam ketua isi rumah yang terjejas banjir di kampung terbabit.

Mengulas lanjut, pemimpin Bersatu itu memberitahu bahawa dia sebelum ini dihubungi Ahli Parlimen Mersing Muhammad Islahuddin Abas yang bertanya sama ada dihubungi oleh sesiapa yang menawarkan bantuan.

“Saya cakap ada terima emel dan WhatsApp, tapi saya memilih untuk menolak daripada bertemu dengan individu terbabit.

“Dia (Muhammad Islahuddin) juga beritahu yang terima benda sama dan percaya enam lagi ahli parlimen PN yang mengumumkan sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, turut didekati individu berkenaan.

“Cuma saya fikir mungkin mereka berenam ada berjumpa dengan individu itu hingga membawa kepada perubahan sokongan, menyokong kerajaan pimpinan (Perdana Menteri) Anwar Ibrahim,” katanya lagi.

Dia bagaimanapun enggan mendedahkan nama individu yang menghantar emel dan WhatsApp kepadanya.

‘Semua MP Bersatu didekati’

Sementara itu, Islahuddin mendakwa semua ahli parlimen Bersatu pernah dihubungi individu yang dikenali sebagai ‘Datuk Botak’ untuk memujuk mereka beralih sokongan kepada Anwar.

“Memang semua ahli parlimen Bersatu dikejar. Kami mula dihubungi semenjak ahli parlimen Kuala Kangsar (Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid) umumkan sokongan kepada kerajaan Perpaduan lagi.

“Memang kami semua ada dihubungi oleh Datuk Botak melalui emel dan Whatsapp yang memberitahu nak adakan pertemuan dan tawarkan (bantuan),” katanya ketika dihubungi.

Nama ‘Datuk Botak’ pernah disebut Ketua Pemuda Bersatu yang juga Ahli Parlimen Machang Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal pada November tahun lalu.

Menurut Islahuddin lagi, dia juga menerima emel daripada individu sama yang dikatakan menghubungi Abdul Khalib, termasuk ketika kawasan Parlimennya dilanda banjir pada Disember lalu.

“Saya terima emel dan saya dapat jugalah Whatsapp dia kata nak bagi bantuan banjir tapi sebab modus operandi yang sama, saya pun tak balaslah,” katanya.

“Insya-Allah, setakat ini saya memang (kekal bersama PN)…kita pun bukan berseorangan, kita ada jentera, ada parti dan lagi pun setakat ini rakyat menerima saya sebagai pembangkang dan mereka faham peruntukan (tidak sepenuhnya)…saya berkhidmat lah dengan apa yang ada,” katanya.

Setakat ini, enam ahli parlimen PN daripada Bersatu yang sudah menyatakan sokongan kepada Anwar adalah Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang).

Peralihan sokongan enam wakil rakyat Bersatu itu juga sebelum ini dikaitkan dengan broker politik, namun dinafikan oleh Zahari dan Mohd Azizi dengan masing-masing berkata mereka menyokong Anwar bukan kerana diugut atau ditawar habuan.

Cakap kosong

Mengulas mengenai dakwaan Syed Abu Hussin bahawa terdapat ramai lagi ahli parlimen PN akan mengumumkan sokongan kepada Anwar menjelang sidang Dewan Rakyat yang akan bermula 26 Feb ini, Abdul Khalib berkata ahli parlimen Bukit Gantang itu hanya ‘bercakap kosong’.

“Dia cakap ada enam hingga sepuluh lagi yang akan umum sokong Anwar, jadi mana senarai nama itu? Tunjuklah kalau betul ada lagi.

“Paling saya tak puas hati, dia cakap ada (ahli parlimen PN daripada Bersatu) dari Pahang. Kalau di Pahang, cuma saya dan Indera Mahkota (Saifuddin Abdullah) saja, mana ada kami akan sokong Anwar.

“Saya kekal istiqamah, saya jadi calon, saya menang sebab parti (Bersatu) yang pilih saya (bertanding) di sini.

“Saya akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat untuk rakyat, susah macam mana pun, walaupun tidak ada peruntukan, biarlah kita buat kerja dengan cara kita,” jelasnya lagi.

Ketika ditanya kenapa semua ahli parlimen PN daripada Bersatu yang secara tiba-tiba menyokong Anwar, dia mengakui memang sasaran utama ‘broker’ adalah ahli parlimen Bersatu.

“Itu saya tidak ada jawapan, tapi memang setahu saya, sasaran mereka daripada Bersatu,” katanya. Mk

Broker cuba pujuk saya sokong PMX – MP Rompin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker