Iklan bra sukan Adidas diharamkan di Britain

Iklan bra sukan Adidas

LONDON – Iklan Adidas yang menampilkan foto wanita memakai coli tanpa baju telah diharamkan di Britain oleh Pihak Berkuasa Piawaian Pengiklanan (ASA), lapor stesen penyiaran CNN semalam.

Syarikat itu mengeluarkan bahan promosi untuk coli sukan pada Februari lalu dengan menampilkan grid gambar beberapa wanita tidak berbaju.



Foto yang dimuat naik di lama Twitter dan dua poster itu bertujuan untuk menyatakan bahawa coli keluaran terbaharu syarikat itu tersedia untuk pelbagai bentuk badan dan saiz.

ASA memaklumkan telah menerima 24 aduan mengenai iklan tersebut.

Ada yang menganggap bahawa penampilan model tanpa baju sebagai tidak wajar kerana dilihat menggunakan wanita secara seksual dengan mendedahkan anggota badan mereka, demikian keputusan ASA pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, ada juga yang menganggap bahawa iklan itu sesuai untuk dipaparkan dan boleh ditonton oleh kanak-kanak.



Kedua-dua aduan itu dikekalkan dan iklan itu tidak boleh muncul lagi dalam bentuk yang diadukan, kata pihak berkuasa.

ASA mengakui tujuan sebenar iklan itu dipaparkan adalah untuk menunjukkan bahawa payudara wanita berbeza dalam bentuk dan saiz yang berkaitan dengan coli sukan yang diiklankan.

“Kami melihat payudara tanpa baju sebagai kebogelan yang jelas. Kami mendapati payudara adalah tumpuan utama dalam iklan dan kurang beri penekanan pada bra itu sendiri kerana hanya dirujuk dalam teks yang disertakan,’’ kata ASA. K Online

Iklan bra sukan Adidas diharamkan di Britain




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker