PRU15: PKR Tidak Boleh Tanding Bersendirian Tanpa Sokongan Parti Lain- Amirudin

PRU15: PKR Tidak Boleh Tanding Bersendirian Tanpa Sokongan Parti Lain- Amirudin

PKR masih belum mempunyai kekuatan untuk bertanding secara sendirian, atau bergerak solo tanpa sokongan parti-parti lain pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.



“Jika kita tidak dapat kumpul kekuatan dan terpisah, parti akan hilang dukungan dan sokongan untuk memenangi kerusi dalam PRU15 akan datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Anggota PKR Perlis di Pusat Khidmat Rakyat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Perlis di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis itu ialah Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin, Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad dan ADUN Kuala Perlis, Nor Azam Karap.

Amirudin yang juga merupakan Menteri Besar Selangor berkata gabungan Pakatan Harapan (PH) di Selangor sebelum ini turut didekati beberapa parti lain yang menyatakan sokongan dan ingin bersama-sama dalam PRU15 nanti.

“Namun saya perlu merujuk dahulu kepada pimpinan gabungan PH untuk melihat bagaimana kita harus susun strategi dan formula untuk kemenangan,” katanya.– BERNAMA

PRU15: PKR Tidak Boleh Tanding Bersendirian Tanpa Sokongan Parti Lain- Amirudin



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final



Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker