Jangan tanam ketum terburu-buru – Mahdzir

Jangan tanam ketum terburu-buru – Mahdzir

KUALA NERANG – Penduduk negeri ini terutama di daerah Padang Terap diminta untuk tidak terburu-buru menanam pokok ketum dalam skala besar meskipun terdapat cadangan mengeksport daun tumbuhan itu ke luar negara bagi tujuan perubatan

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, sebarang aktiviti penanaman pokok tersebut sebaiknya dilakukan selepas kerajaan Persekutuan membuat keputusan muktamad berhubung cadangan berkenaan.

Katanya, perkata itu adalah bagi memastikan proses penanaman ketum dapat dilakukan mengikut peruntukan undang-undang.

“Kita boleh positif dan progresif untuk tanam ketum tetapi biar kita tunggu keputusan kerajaan dahulu.

“Sekiranya kerajaan sudah buat keputusan membenarkan eksport ketum, baru lah penduduk boleh tanam ketum mengikut lunas undang-undang ditetapkan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Aidilfitri Parlimen Padang Terap di Pusat Komuniti Padang Kerasak di Naka dekat sini hari ini. K Online

Jangan tanam ketum terburu-buru – Mahdzir


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker