Penangguhan Pemilihan Parti UMNO Adalah Relevan – Penganalisis Politik

Penangguhan Pemilihan Parti UMNO Adalah Relevan – Penganalisis Politik

Penangguhan pemilihan UMNO adalah relevan untuk memastikan parti itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Pensyarah Kanan Politik dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Profesor Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata usul pucuk pimpinan UMNO untuk menangguhkan pemilihan adalah bagi mengelak berlakunya kacau-bilau yang boleh menjejaskan persediaan parti itu menghadapi PRU15.



Beliau berkata perkara itu cuba direalisasikan melalui Perhimpunan Agung Khas UMNO yang akan berlangsung Ahad ini.

“UMNO tak boleh lagi berpecah. Mereka harus bersatu. Kalau berpecah, ia akan melemahkan lagi UMNO.

“Diharapkan polemik yang berlaku dapat dirungkaikan. UMNO seharusnya menumpukan pada PRU15 bukan pemilihan. Jadi diharapkan ada kesan positif pada perhimpunan khas ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara Bahas terbitan Bernama TV bertajuk ‘PAU Khas: Ke Arah Transformasi Politik Atau Masih di Gelanggang Purba’ malam tadi yang turut menampilkan Felo Kursi Institusi Raja-Raja Melayu Universiti Teknologi Mara Mujibu Abdul Muis dan Pensyarah Sosiologi Politik, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia Profesor Sivamurugan Pandian.

Mohd Azizuddin juga tidak menolak kemungkinan usul penangguhan pemilihan parti, yang sepatutnya diadakan hujung tahun ini, akan mencetuskan polemik kepada UMNO.



“Sekiranya diluluskan sekalipun, ada risiko pihak yang tidak puas hati membawa usul ini ke mahkamah seperti yang berlaku pada pemilihan 1987 yang membawa kepada pengharaman UMNO,” katanya.

Sivamurugan pula berkata sekiranya UMNO melaksanakan segala prosedur perundangan, agak sukar untuk Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menolak permohonan parti itu untuk meminda perlembagaan bagi menangguhkan pemilihan parti.

“Dalam suasana seperti ini, ROS perlu melihat secara teliti, perhalusi supaya bucu-bucu bocor mungkin boleh dibawa bincang secara musyawarah dengan parti dan tidak dilihat campur tangan politik tertentu.

“Kita tahu dalam konteks untuk kelulusan ini, akan ada pihak yang cuba melangkaui peraturan dan undang-undang. Akan ada pihak yang cuba menidakkan penangguhan pemilihan.



“Dalam konteks ini, ROS harus mempertahan integriti mereka dan pada waktu yang sama, agensi lain juga perlu main peranan menjadi semak dan imbang kepada segala ketetapan yang dilakukan secara teratur oleh parti,” katanya.

Pendapat sama turut dikongsikan oleh Mujibu yang turut tidak menolak wujud kebarangkalian berlaku sabotaj daripada pihak ataupun kumpulan tertentu yang tidak bersetuju untuk menangguhkan pemilihan parti.

“Kita nampak bibit perpecahan UMNO itu sudah ada apatah lagi lepas pemilihan sebelum ini yang menyaksikan bagaimana jawatan yang dipertanding jelas menimbulkan kelompok tertentu,” katanya.

Jika pindaan perlembagaan tidak dilaksana, UMNO perlu mengadakan pemilihan parti pada hujung tahun ini. Pemilihan parti terakhir ialah pada 2018.– BERNAMA



Penangguhan Pemilihan Parti UMNO Adalah Relevan – Penganalisis Politik

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker