Pemilihan PKR: Hanya ‘perang mulut’, pemilihan 14 daripada 15 cabang di Kedah selesai

Pemilihan PKR: Hanya ‘perang mulut’, pemilihan 14 daripada 15 cabang di Kedah selesai

ALOR SETAR: Pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) peringkat cabang di negeri Kedah yang berlangsung hari ini menyaksikan 14 cabang daripada keseluruhan 15 cabang di negeri itu selesai mengadakan pemilihan yang disifatkan berlangsung dalam keadaan aman.

Bagaimanapun, Koordinator Negeri Kedah Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP), Datuk Rashid Din ketika dihubungi Astro AWANI memaklumkan bahawa pemilihan peringkat cabang di Padang Serai akan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

Menurut Rashid, ianya adalah disebabkan beberapa masalah khususnya melibatkan isu teknikal serta aplikasi ADIL yang mana menimbulkan rasa tidak puas hati banyak pihak.

Sehubungan itu, atas persetujuan ketiga-tiga calon Ketua Cabang di Padang Serai, pemilihan ditangguhkan sekitar jam 12 tengah hari tadi dan kemungkinan besar diadakan semula pada minggu hadapan.

“Satu (cabang sahaja) yang tidak selesai, (iaitu di) Padang Serai, yang lain dalam masa yang ditetapkan itu, semua selesai.

“Saya baru (sahaja) balik dari (cabang) Merbok, (dan) Sungai Petani (yang mana) akan tutup dalam 5 minit, (tidak berlaku masalah besar).

“Ada pun (masalah) itu yang sikit-sikit macam, tak ada jadi pergaduhan, Maksudnya calon bertanding boleh duduk bersembang maknanya okey lah itu, dan (di Padang Serai) tiga orang (calon Ketua Cabang) buat keputusan langkah terbaik adalah tangguhkan dahulu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Rashid memaklumkan bahawa tiada pergaduhan fizikal berlaku sepanjang pemilihan berlangsung.

Namun, menurutnya berlaku ‘perang mulut’ di beberapa cabang selepas berlaku ketidakpuasan hati terutama melibatkan kedudukan khemah bagi menarik undi ahli di peringkat cabang sebelum mereka memasuki dewan mengundi.

“Semua berjalan lancar (cuma) ada terkedu sikit sana sini, tapi (keseluruhan) okey, sehingga kini tak ada laporan (berkait dengan pergaduhan fizikal), (hanya ada) isu tempat berkumpul, isu macam itu sahaja, banyak isu teknikal, tetapi macam waktu berkempen, mereka macam go overboard. Juga isu teknikal… perlahan, orang dia tunggu lama.

“(Keseluruhannya) saya berpuas hati tidak ada yang teruk, yang lapor pada saya berkempen, bagi saya keadaan aman,” katanya.

Untuk rekod, berlaku pertembungan di 13 cabang di Kedah membabitkan jawatan Ketua Cabang dimana hanya calon di cabang Jerai dan Jerlun menang tanpa bertanding.

Cabang Kulim-Bandar Baharu pula menyaksikan pertembungan terbesar dimana empat calon bertanding bagi merebut jawatan berkenaan.

Pemilihan PKR: Hanya ‘perang mulut’, pemilihan 14 daripada 15 cabang di Kedah selesai

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker