Wanita jalin hubungan dengan bapa sendiri hingga lahir dua anak

Pada tahun 2000, Jennifer, 31, membuat keputusan untuk tinggal bersama John yang ketika itu berusia 53 tahun di Port Pirie, selatan Australia.

CANBERRA – Seorang lelaki di Australia telah menjalinkan hubungan sumbang mahram bersama anak perempuannya sendiri sehingga melahirkan dua orang anak, lapor akhbar The Sun.

John Earnest Deaves terpisah dengan anaknya, Jennifer Anne Deaves sejak kecil dan mereka hanya pernah bertemu sebanyak tiga kali.

Sehinggalah pada tahun 2000, Jennifer, 31, membuat keputusan untuk tinggal bersama John yang ketika itu berusia 53 tahun di Port Pirie, selatan Australia.

Hubungan intim yang dilakukan oleh bapa dan anak itu telah menamatkan perkahwinan 12 tahun antara John dan isteri keduanya, Dorothy.

Bercakap kepada 60 Minutes Australia pada 2008, John mengatakan bahawa mereka adalah teman lelaki dan teman wanita yang benar-benar normal.

Jennifer bahkan berkata bahawa hubungan intim bersama bapanya adalah sama seperti dia melakukannya dengan mana-mana lelaki lain.

Hasil hubungan mereka, Jennifer telah melahirkan dua anak dengan salah seorang daripadanya meninggal dunia beberapa hari selepas dilahirkan akibat penyakit jantung.

John menjadi bapa dan datuk kepada anak perempuan yang dilahirkan Jennifer. Pasangan itu telah berpisah pada 2009. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


TMJ jawab punca JDT rai kemenangan seperti final

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Khir Toyo ziarah Hamid Gurkha

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker