Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion

Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion

Anak Jamaluddin Mohd Jarjis, yang terkorban dalam nahas helikopter pada 2015, gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Persekutuan untuk meneruskan rayuan berhubung kemasukan saham Rantai Wawasan Sdn Bhd bernilai RM1.044 bilion dalam senarai harta pusaka bapa mereka.

Ikhwan Hafiz Jamaludin, 35, dan Nur Anis, 37, memohon kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan yang membuat keputusan memihak kepada nenek mereka, Aminah Abdullah, untuk memasukkan tiga juta saham Rantai Wawasan dalam senarai harta pusaka bapa mereka.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang terdiri Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abdul Rahman Sebli dan Hakim Mahkamah Persekutuan Nallini Pathmanathan dan Rhodzariah Bujang menolak permohonan kebenaran merayu itu berserta kos RM30,000 dalam keputusan 2-1.

Rahman dan Rhodariah memutuskan keputusan majoriti manakala Nallini sebaliknya.

Dalam keputusan majoriti mahkamah yang disampaikan secara dalam talian, Rahman berkata, kebenaran merayu ditolak kerana dua persoalan undang-undang permohon mahu mahkamah putuskan adalah berkaitan dengan penemuan fakta oleh dua mahkamah sebelum ini.

Beliau berkata, permohonan kebenaran mereka gagal memenuhi keperluan Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Nallini dalam penghakimannya yang bertentangan mengatakan kebenaran harus diberikan kerana tiada penemuan fakta serentak oleh mahkamah sebelum ini.

Pada 3 Jan 2019, Aminah, 88, menyaman cucunya, mendakwa saham tiga syarikat iaitu saham Rantai Wawasan, enam juta saham Alpine Motion bernilai RM233 juta dan dua saham Ivory Insights bernilai RM80 juta, perlu dipertimbangkan sebagai sebahagian harta pusaka anaknya.

Pada 13 Ogos 2021, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan Aminah untuk pengisytiharan bahawa tiga juta saham Rantai Wawasan Sdn Bhd dimasukkan dalam senarai harta pusaka Jamaluddin.

Mahkamah Tinggi bagaimanapun menolak permohonan Aminah untuk pengisytiharan saham dua lagi syarikat.

Mahkamah Rayuan, pada 19 Ogos tahun lalu, menolak rayuan kedua-dua anak Allahyarham itu dan Aminah serta mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Ikhwan Hafiz dan Nur Anis kemudiannya memfailkan kebenaran untuk merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan mahkamah mengenai saham Rantai Wawasan.

Aminah, bagaimanapun, tidak memfailkan kebenaran untuk merayu terhadap keputusan mahkamah berkaitan saham Alpine Motion dan Ivory Insights.

Peguam Saheran Suhendran, Frank Wong dan Rodney Gan mewakili Ikhwan Hafiz dan Nur Anis manakala peguam Zainur Zakaria, Pawancheek Marican dan Suzilawati Ismail mewakili Aminah.

Jamaluddin yang lebih dikenali sebagai JJ, merupakan bekas menteri sains, teknologi dan inovasi, terbunuh dalam nahas helikopter ketika dalam perjalanan dari Pekan, Pahang, ke ibu negara pada 4 April 2015. FMT

Anak JJ gagal tuntut saham RM1 bilion

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Lompat Apek Lompat, Anwar buat apa tu (Video)

Luahan hati Mawar Karim

Suki Low menangis kerana Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker