Kehidupan Bell berubah 180 darjah

Kehidupan Bell berubah 180 darjah

Ketika sedang enak dibuai kejayaan, Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35, Bell Ngasri mengakui ada pihak yang cuba memancing emosi dengan mempersoalkan mengapa tidak bertuah seperti pemenang terdahulu yang mendapat hadiah kereta sebagai habuan kemenangan.

Tidak cepat melatah soalan ‘nakal’ itu, Bell berkata, dia tidak pernah mengambil peduli soal ganjaran diterima kerana trofi Bintang Paling Popular sudah membawa impak cukup besar dalam kerjaya seninya.



“Memang ada netizen tanya mengapa saya tidak dapat hadiah kereta seperti pemenang ABPBH lain. Saya tak pernah kisah soal hadiah kereta yang dibangkitkan.

“Ini kerana trofi Bintang Paling Popular diterima pun satu penghargaan tinggi dan dahsyat pernah saya terima.

“Lagipun, saya bukanlah seorang yang suka meminta-minta. Saya sendiri tidak pasti apakah saya akan dapat peluang seperti ini sekali lagi pada masa akan datang, Lagipun, saya tak nak ada pihak berkecil hati dengan isu seperti ini,” katanya kepada BH Online.

Bell berkata, banyak perubahan besar berlaku dalam hidupnya sejak bergelar Bintang Paling Popular ABPBH 35.



“Saya terima banyak tawaran berlakon termasuk menjadi jurucakap kepada produk jenama besar.

“Ada juga pihak yang letak wajah saya pada papan iklan gergasi mereka. Kalau dahulu, saya terlebih dahulu buka harga bila terima tawaran, tetapi kali ini, mereka pula buka harga.

“Malah, ada juga yang menawarkan tiga kali ganda daripada bayaran yang diterima sebelum ini.

“Ada pula yang sanggup menawarkan watak hero walaupun pada asalnya, watak pembantu lebih sesuai buat saya. Risau juga jika ada yang menyangkakan saya hanya mahu pegang watak hero selepas menang trofi.



“Saya masih Bell yang dahulu dan tak pernah pilih watak. Bagaimanapun, ada juga tawaran terpaksa ditolak kerana terikat dengan komitmen lain yang sudah dipersetujui awal,” jelasnya.

Ditanya apakah faktor bayaran juga diambil kira sebelum menerima sesuatu watak, Bell atau nama sebenarnya, Nasrizal Ngasri ini menafikan perkara itu.

“Saya bukan minta gaji banyak, tetapi gaji yang betul. Ini bermakna biarlah bayaran diterima setimpal dengan hasil kerja diberikan. Ini memang amalan saya sebelum menang anugerah lagi,” ujar pelakon yang terkenal dengan watak lelaki malas berpuasa bernama Barkoba dalam telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa ini.

Tambah pelakon filem Kaki Bakar ini, perbezaan lain dirasakan adalah rutin hidupnya berubah 180 darjah.



“Saya banyak memenuhi undangan ke sana-sini termasuk temu bual di stesen radio, awal pagi. Saya juga terpaksa korbankan waktu tidur dan hanya dapat tidur beberapa jam sahaja.

“Pernah berlaku saya terlajak tidur sedangkan pagi itu, saya ada sesi temu bual bersama Hot FM. Disebabkan terlewat, saya menunggang motosikal dalam keadaan terkejar-kejar dan tanpa disedari, beg plastik yang memuatkan trofi kemenangan bocor.

“Trofi terjatuh di tengah jalan hingga kemek. Masa itu barulah terdetik dalam hati, begini rupanya bila menjadi seorang paling popular,” luah bapa kepada tiga cahaya mata ini.

Dalam perkembangan lain, anak kepada pasangan penyiar dan pelakon terkenal, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar ini turut melahirkan hasrat menghasilkan filem berkisar kepada kehidupannya sebagai anak seni.



Berkongsi lanjut, Bell berharap filem berkonsepkan autobiografi itu mampu mencetus inspirasi kepada setiap yang menontonnya.

“Memang menjadi impian saya untuk menghasilkan filem berkisar kepada kehidupan sebagai anak seni. Saya nak kongsi perjalanan hidup saya.

“Dan saya buat semua benda ini bukan untuk diri sendiri semata-mata, tetapi mahu beri inspirasi.

“Walaupun mungkin kisah saya tidak sehebat orang lain, tetapi ada juga yang menjadikan saya ikon yang mampu memberi inspirasi. Semua ini ada saya muatkan dalam media sosial,” ungkapnya.



Terdahulu, diangkat Bintang Paling Popular, Bell terima trofi dan pakej menunaikan umrah sumbangan penaja utama, Fellera Skin.

DTC Motors Sdn Bhd bermurah hati memberikan potongan harga sehingga RM50,000 kepada mereka yang berminat membeli kereta di syarikat itu sepanjang Ogos, mulai semalam. BH

Kehidupan Bell berubah 180 darjah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Puteri Sarah Masih Diganggu Walaupun Dah Cerai

Bekas Pengacara TV3 Didakwa Pukul Staf Guna Kayu & Langgar Pondok Pengawal

Pemandu degil MPV tersangkut lalui jalan tar masih basah

Hubungan seks empat minit setiap hari, kurangkan risiko kanser – kajian

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker