Sarawak benarkan bengkel kereta, motor dibuka 2 kali seminggu.

Semua bengkel kereta, motosikal dan alat ganti tayar serta bateri di Sarawak dibenarkan beroperasi 2 kali seminggu pada Selasa dan Khamis, bermula 7 pagi hingga 7 malam sepanjang tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Sarawak, Abdul Karim Rahman Hamzah berkata kelonggaran itu diberikan setelah jawatankuasa berkenaan mengambil kira maklum balas orang ramai.

“Jawatankuasa itu juga mengambil keputusan untuk semua rakyat Sarawak dari luar negara, Semenanjung Malaysia, Sabah dan Labuan yang masuk ke Sarawak akan dikuarantin di pusat kuarantin yang telah ditetapkan di mana mereka tiba.

“Bermula semalam (kelmarin), seramai 87 rakyat Sarawak yang tiba di Kuching telah ditempatkan di Hotel Hock Lee, manakala seramai 94 orang lagi yang tiba di Miri ditempatkan di 2 hotel, iaitu Hotel Mega (68 orang) dan Hotel Somerset (26 orang),” katanya dalam sidang media harian semalam.



Karim juga memaklumkan bilangan penerbangan dari Labuan ke Miri akan dikurangkan semasa PKP, tetapi tidak menyatakan berapa jumlah penerbangan yang akan dikurangkan.

FMT

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker