Adakah Muhyiddin mahu langgar kerahsiaan negara?

Adakah Muhyiddin mahu langgar kerahsiaan negara?

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak akan berani membocorkan kedudukan kewangan negara ini kerana tindakan itu akan ‘memakan’ dirinya sendiri.

Sebagai bekas perdana menteri yang telah mengangkat sumpah untuk menjaga kerahsiaan negara, Muhyiddin termasuk mana-mana penjawat awam sekalipun tidak boleh membocorkan apa-apa sahaja rahsia negara termasuklah kedudukan kewangan demi melindungi kepentingan Malaysia.

Sebaliknya, penganalisis politik, Prof. Dr. Azmi Hassan menyifatkan kenyataan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu tidak lebih daripada strategi politiknya untuk menekan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan UMNO menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Motif utama Muhyiddin untuk menggambarkan kelemahan Ismail Sabri mengurus negara walaupun beliau baharu sahaja dilantik sebagai perdana menteri pada 21 Ogos 2021.

“Perdana menteri baharu sahaja dilantik dalam lima bulan, apa yang boleh Muhyiddin dedahkan kerana sebarang prestasi kedudukan kewangan bukan boleh dinilai dalam masa yang singkat di bawah pentadbiran Ismail Sabri.

“Jika Muhyiddin berbuat demikian, beliau sebenarnya membuka pekung sendiri, kelemahan ketika Malaysia berada di bawah pimpinannya selama 17 bulan.

“Oleh itu, saya berpendapat, Muhyiddin sengaja berkata-kata demikian tetapi tidak akan ada kebocoran susulan kerana dia akan meletakkan negara dalam keadaan bahaya dari perspektif pelaburan asing,” kata beliau kepada MalaysiaGazette.

Semalam, semasa berucap dalam Majlis Pelancaran Perikatan Nasional Johor, Muhyiddin berkata: “Saya semalam minta satu laporan untuk sampaikan pada saya oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul (Abdul) Aziz. Nanti, satu ketika saya akan bocorkan bagaimana kedudukan kewangan negara kita,” katanya.

Mengulas lanjut kenyataan Muhyiddin itu, Azmi menambah, apa yang cuba dilakukan oleh Ahli Parlimen Pagoh itu adalah meniru perbuatan Pakatan Harapan (PN) semasa memerintah negara 22 bulan.

Katanya, PH juga dengan lantang mendakwa Malaysia akan bankrap semata-mata untuk membina persepsi betapa buruknya pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, dari UMNO semasa menjadi Perdana Menteri Keenam

“Namun, akhirnya permainan persepsi PH memakan diri mereka apabila Malaysia tidak bankrap sebaliknya rakyat tahu Kerajaan Barisan Nasional meninggalkan dana yang banyak dan telah digunakan oleh PH.

“Malah, ketika negara diambil alih oleh PN terbukti PN dalam membelanjakan wang berbilion untuk rakyat hasil peninggalan BN ketika negara dilanda Covid-19,” ujar beliau lagi.

Azmi berkata, beliau secara peribadi tertanya-tanya apakah tujuan sebenar Muhyiddin membuat ugutan tersebut kerana tindakannya turut menjejaskan kredibiliti dan kebolehpercayaan rakyat terhadap Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Apatah lagi, Tengku Zafrul dilantik menerajui Kementerian Kewangan semasa Muhyiddin menjadi perdana menteri.

“Kenyataan Muhyiddin ini bahaya pada Tengku Zafrul. Namun saya percaya Muhyiddin sudah ketandusan idea dan strategi lalu menjadikan kedudukan kewangan sebagai ‘senjata’ politiknya,” tegas Azmi.

Malangnya, kenyataan Muhyiddin itu sudah pasti akan dikaitkan oleh rakyat tentang keputusan Tengku Zafrul yang enggan membenarkan pengeluaran terakhir wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dituntut oleh pencarum yang terdesak dan memerlukan wang bagi memulakan kehidupan semula selepas negara dilanda gelombang wabak Covid-19 sejak dua tahun lalu. MG

Adakah Muhyiddin mahu langgar kerahsiaan negara?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)

https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker