Singapura naikkan cukai GST dan kereta

Singapura naikkan cukai GST dan kereta

SINGAPURA: Pembeli kereta mewah perlu berbelanja lebih apabila satu struktur cukai berperingkat yang baru, berkuat kuasa lewat bulan ini.

Satu peringkat bayaran pendaftaran tambahan baru (ARF) untuk kereta, teksi dan kenderaan barangan serta penumpang yang mempunyai nilai pasaran terbuka (OMV) melebihi SGD$80,000 (RM248,821) diperkenalkan.



Bagaimanapun, Menteri Kewangan, Lawrence Wong, yang mengumumkan keputusan itu, berkata perubahan terbabit dijangka menjejaskan hanya kereta penumpang.

Jelas beliau, buat masa ini tiada teksi atau kenderaan barangan yang mempunyai OMV melebihi SGD$80,000 (RM248,821).

Pembeli kereta sedemikian akan dikenakan cukai yang bersamaan dengan 220 peratus daripada OMV mereka.

Menurut Wong, perubahan itu bertujuan mencapai sistem percukaian kenderaan yang lebih progresif.



ARF berperingkat baru itu diperkenalkan sembilan tahun selepas pelaksanaan sistem sama, yang mengenakan cukai sehingga 180 peratus daripada OMV kereta, menyasarkan kereta lebih mewah.

Sementara itu, kerajaan Singapura turut mengumumkan akan menangguhkan kenaikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sehingga 2023.

Lapor berita.mediacorp, yang memetik kenyataan Belanjawan 2022 Wong, kenaikan itu akan membabitkan dua peringkat.

Jelasnya, kenaikan pertama dari tujuh peratus kepada lapan peratus akan dilaksanakan pada 1 Januari 2023 manakala kenaikan kedua dari lapan kepada sembilan peratus akan dilaksanakan pada 1 Januari 2024.



“Rancangan menaikkan kadar GST sebanyak dua peratusan mata, dari tujuh kepada sembilan peratus, diumumkan pertama kali pada 2018 oleh Menteri Kewangan Heng Swee Keat.

“Kenaikan GST itu perlu dilaksanakan untuk menyokong perbelanjaan jagaan kesihatan Singapura dan bagi menjaga warga emas.

“Keperluan pendapatan kita semakin mendesak, namun saya juga memahami keprihatinan rakyat Singapura terhadap kenaikan GST yang berlaku pada masa sama dengan kenaikan harga,” jelasnya.

Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menerusi Amanat Tahun Baharu Disember lalu, memaklumkan kerajaan perlu meneruskan rancangan untuk menaikkan kadar GST dengan ekonomi diramal pulih daripada COVID-19. BH



Singapura naikkan cukai GST dan kereta


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Janda bengang dengan jiran puaka (Video)



https://mykmu.net/2022/02/16/saman-ali-puteh-terhadap-balu-arwah-abam-keputusan-jumaat-ini/

Pemandu tayang gari disahkan anggota polis



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker